Seperti yang pernah dikongsi sebelum ini, rapper dan usahawan Caprice sememangnya tidak berani dengan jarum ketika menerima suntikan vaksin COVID-19.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Terbaru, Caprice yang kini berada di Jordan memaklumkan dia akan menerima suntikan dos kedua vaksin sebelum pulang ke tanah air.

"Salam guys, I have some 'bad' news, sebelum balik Malaysia saya kena dapatkan suntikan dos kedua vaksin Pfizer.

"Siapa ingat lagi, suntikan dos pertama saya di Malaysia dulu memang huru hara, ini dekat negara Arab pulak, so harapnya Caprice, hang jangan buat hal pulak," katanya menerusi sebuah video di Instagram Story.

Sementara dalam perkongsian lain, Caprice berharap agar petugas kesihatan yang bertugas di Jordan memahami keadaannya.

"Harap jururawat di Jordan sempoi juga," tulisnya.



Terdahulu, Caprice berangkat ke Mesir untuk menjalani misi kemanusiaan di Gaza namun gagal memasuki wilayah bergolak itu.

BACA: "Korang Nak Kirim Apa-Apa Tak?" - Caprice Beri 'Hint' Nak Balik Malaysia, Bakal Lancar Single Terbaru!