HIBURAN
Alami Depresi, Sajat Sebak Anak Pernah Tegur Diri Sudah Berubah, Tak Macam Dulu - “Terfikir Nak Berhenti Makan Ubat…”
Pempengaruh dan usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali dengan Sajat gagal menahan sebak apabila mengenang semula kisah sewaktu mengalami depresi ketika di berhijrah Australia.
Berkongsi mengenai perkara tersebut di podcast Soutudeen, Sajat berkata anak perempuannya juga sedar akan perubahan yang di dalam dirinya.
@soutudeen Sajat pernah depression watch full video in yt. Link kt bio. @nursajat23 ♬ original sound - soutudeen
“Apa yang buat saya sedar adalah, bila anak perempuan saya cakap dengan saya, kenapa saya dah lain? Masa tu tengah berbual dalam telefon lalu saya diam sahaja.
“Saya bekerja ni sebab saya perlukan kawan. Dekat Australia memang ada banyak aplikasi boleh berkenalan dengan orang tapi saya berkawan dengan rakan sekerja. Bila saya bekerja, masa itu ah saya terfikir untuk berhenti makan ubat depresi.
“Pada masa itu juga orang yang bertanggungjawab pegang kes saya, cuba carikan saya kerja dan masukkan saya ke kelas-kelas retail untuk menjadikan saya lebih baik,” katanya.
Selain itu, Sajat juga berkongsi mengenai pengalamannya sewaktu bekerja di Australia.
Katanya, dia memlih untuk bekerja kerana mahu menangani masalah kesihatan mental yang dialami.
“Saya tahu perkara ini bukan mudah, memandangkan saya bukannya belajar tinggi setakat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sahaja. Penggunaan bahasa Inggeris saya juga sangat lemah, jadi saya belajar.
“Pertama sekali saya mendapat pekerjaan adalah sebagai pekerja biasa sahaja memandangkan saya tidak ada pengalaman bekerja. Sebab di sana mereka tak pandang siapa saya, yang mereka pandang adalah pengalaman bekerja di sana bukan pengalaman bekerja di Malaysia.
“Saya nak bekerja ni sebab bosan dengan diri saya. Saya tak ada kawan. Memang ramai orang yang nak berkawan tapi saya sangat memilih. Sebab tu sebelum bekerja saya duduk sahaja di rumah, tak ada buat apa-apa.Masa itu saya fikir kalau terus macam ni, saya akan jadi macam diri yang dulu.
“Masa itulah, saya fikir kena berhenti makan dan ambil pil depresi sebab kalau masih, memang tak boleh move on.
“Benda itu (pil depresi) saya makan ketika saya mengalami masalah yang berlaku di Malaysia dan selepas itu berat badan saya pula bertambah sehingga 15 kilogram.
Susulan dengang pelbagai kontroversi, pempengaruh berusia 40 tahun itu sentiasa berdoa agar diri sentiasa kuat.
“Bagi saya, saya tahu Tuhan sentiasa ada dengan saya. Saya solat dan sentiasa berdoa.
“Cuma yang tak ada dengan saya adalah tenaga saya. Sebab orang yang selalu ceria dan selalu bagi motivasi sebelum ini tiba-tiba bertukar jadi orang yang pendiam dan pada masa itu, saya memang bergantung pada ubat,” ujarnya lagi.
Sumber: Podcast SoutuDeen
Must-Watch Video