,
Laman Utama

Alami Mental Breakdown Teruk, Uyaina Arshad Berpeluh-Peluh Tak Boleh Tidur Malam!

Amri Hassan
09/04/2021
00:50 MYT
Pelakon Uyaina Arshad mengakui dia mengalami mental breakdown yang teruk sejak beberapa hari lalu.
Ekoran daripada gangguan itu, Uyaina mendedahkan dia sukar tidur pada waktu malam dan berdepan masalah migrain yang teruk.
"Few days ago, I had a severe mental breakdown. Macam-macam rasa yang negatif ada dalam diri. Tiba-tiba rasa sedih, takut, penat, risau tapi tak tahu apa yang dirisaukan, stress sampai migraine.
"And paling teruk bila terjaga pukul 3-4 pagi, berpeluh2 lepas tu tak boleh tidur sedangkan badan rasa sangat-sangat penat. Rasa worthless," kongsinya di Instagram.
Bagaimanapun, Uyaina bersyukur mendapat tips dan perkongsian masalah sama dengan pengikutnya di Instagram.
"Pastu Yana tanya dekat IGs. Apa yang korang selalu buat kalau rasa down. Thank you kepada yang respond and share dengan Yana. I really appreciate it.
"Rupanya ramai yang rasa macam tu. In fact, ada yang pernah rasa lagi teruk dari tu," tambahnya.
Dalam pada itu, tunang kepada Raja Syahiran itu memaklumkan dirinya kini beransur pulih dan menasihati orang ramai yang berdepan gangguan sama sepertinya untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.
"Alhamdullilahhh I’m feeling a lot better now. Apa yang Yana boleh kongsi is kita jangan menidakkan perasaan ni. Jangan suppress atau pendam sorang-sorang. Luahkan dekat orang yang kita percaya.
"FEEL the feelings and ALLOW the feelings to pass. It’s just a bad phase, not a bad life. Paling penting, kita kena TERIMA diri kita & SAYANGI diri kita sendiri.
"Minda kita memainkan peranan yang sangat penting. Kalau kita fikir negatif, trust me negatif lah hidup kita. I’m trying to self-reflect and look at what Allah has bestowed upon me. Banyak sangat nikmat Allah bagi yang patut disyukuri. Alhamdullilahhh.
"Semoga rasa negatif ni akan berlalu pergi dan digantikan dengan kegembiraan yang berpanjangan," katanya.
Antara nasihat yang diterima daripada peminatnya agar mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan mencari sokongan daripada individu sekeliling.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Muka Disamakan Dengan Girlfriend Popeye Sebab Rambut Pendek, Intan Najuwa Sekolahkan Netizen - "Saya Tak Guna Duit Awak..."

gempak
12/09/2024
08:25 MYT
Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia tidak mengendahkan komen netizen yang menyifatkannya serupa dengan teman wanita watak animasi terkenal, Popeye, ketika berambut pendek.
Hiburan

“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

gempak
12/09/2024
03:55 MYT
Uyaina Arshad mengakui dirinya teruk dikecam netizen hanya kerana kelantangannya menyuarakan pendapat tentang isu Abang Bas.
Hiburan

Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar bersetuju dengan kenyataan berhubung ramai pelakon generasi baharu yang bertubuh sasa gagal melakukan babak aksi dengan betul seperti yang disuarakan oleh pelakon senior, Ruzaidi Abdul Rahman baru-baru ini.
Hiburan

Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

gempak
12/09/2024
02:25 MYT
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.