,
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

Asyraf Roslan
14/09/2024
04:55 MYT
Selebriti antarabangsa, Alan Walker menunaikan janjinya untuk mengadakan konsert di Malaysia selepas mengambil keputusan membatalkannya pada Jun lepas.
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.
“Persembahan sebelum ini dibatalkan akibat faktor keselamatan yang kritikal, dan isu penyalahurusan yang dikemukakan kepada kami menjelang tarikh persembahan.
“Laporan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak ketiga, menegaskan masalah-masalah berhubung persediaan pentas. Vendor-vendor tempatan juga berdepan dengan isu-isu bayaran.
“Keputusan terpaksa dibuat dengan membatalkan persembahan tersebut demi mengutamakan keselamatan dan pengalaman para peminat serta mengelakkan kerugian lanjut dialami oleh vendor-vendor tempatan,” ujarnya.
Untuk persembahan kali ini, pihak pengurusan Alan telah memilih untuk menganjurkannya di KL Base, Sungai Besi kerana percaya bahawa lokasi ini sangat sesuai dengan konsep persembahan yang ingin dia tampilkan.
Pada masa sama, pemuzik yang popular dengan lagu, Faded ini juga memaklumkan bahawa peminat yang sudah mendapatkan tiket konsert sebelum ini tidak perlu untuk mendapatkan tiket baharu.
“Pemegang tiket persembahan yang terdahulu boleh menukar tiket mereka kepada tiket persembahan baharu.
“Jika mereka layak, mereka boleh menebus diskaun 15% untuk pembelian tiket tambahan di All-Access sebelum 26 September untuk layakkan masuk ke persembahan baharu.
“Selain itu, dengan susunan pentas yang baharu, pemegang tiket VIP dan Cat 1 akan ditawarkan laluan masuk pantas khas (fast-track), supaya dapat mendahului ke ruang depan zon dan menikmati persembahan baharu yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media.
Tiket untuk persembahan baru kini dijual di All-Accesswww.all-access.io/walkerworldmy
Konsert ini dibuka kepada mereka yang berumur 15 tahun keatas. Hadirin yang berumur 18 tahun kebawah harus ditemani oleh penjaga berumur 19 tahun keatas.
Terdahulu, konsert Walkerworld Tour 2024 (Walkerworld) yang sepatutnya diadakan di di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 22 Jun lalu namun telah dibatalkan oleh Alan Walker pada saat-saat akhir atas sebab-sebab tertentu.
Pada masa sama, timbul juga kontroversi dimana penyanyi undangan konsert tersebut, Putri Ariani telah membuatkan media tempatan tertunggu-tunggu untuk menemu bualnya selepas selesai sidang media konsert Walkerworld Tour 2024.
Tindakan tersebut membuatkan pihak media Malaysia berkecil hati memandangkan Alan sendiri meluangkan masa yang cukup untuk ditemu bual namun, pihak pengurusan Ariani mengambil pendekatan sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Untunglah, Alan Walker ‘Terbang’ 27 Jam, Datang Sekolah Di Medan Beri Kejutan

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Berbaju Sekolah, Joe Flizzow, Puteri Ariani Gamatkan Konsert Graduasi Melly Goeslaw

ARTIKEL BERKAITAN: Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2

gempak
13/09/2024
09:12 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1

gempak
13/09/2024
09:08 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1 Secara Percuma? Memang best!