,
Laman Utama

Alhamdulillah! Arab Saudi Iktiraf Vaksin Sinovac Untuk Kemasukan Umrah & Haji

Azwa Rahman
12/07/2021
22:50 MYT
Arab Saudi mengiktiraf vaksin COVID-19 jenis Sinovac keluaran China bagi kemasukan ke negara itu selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menerusi laman sosial Twitter, berita itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri.
“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.
“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang,” tulis beliau menerusi satu ciapan.
Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.https://t.co/w73nxm2ALY pic.twitter.com/VBPO49Aa6y— ?? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) July 12, 2021 Pada masa yang sama, beliau memohon agar orang ramai tidak lagi berasa risau kerana khuatir tidak boleh menunaikan ibadah haji dan umrah.
“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac.
“Fokus kita adalah membantu @KKMPutrajaya @JKJAVMY utk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi,” jelasnya lagi.
Sementara itu di ruangan balas, berita itu disambut baik oleh ramai wargamaya yang ternyata gembira dengan pengumuman tersebut.
Alhamdulillah, berita gembira kepada anda dan saya juga sebagai salah seorang penerima vaksin Sinovac,” ujar seorang wargamaya.
Alhamdulillah.. baru hari ni jab vaccine Sinovac. Moga dimurahkan rezeki untuk sampai ke tanah suci. Tq for the update @drzul_albakri,” ujar seorang wargamaya.
Alhamdulillah. Mohon jangan ada lagi bangkitkan isu Sinovac dah. Kesian pada yang terima Sinovac sebelum ni terpaksa dengar kata-kata toxic orang sekeliling,” komen seorang wargamaya.
Alhamdulillah. Mak saya dapat Sinovac mula-mula dia frust juga la sebab masa tu kerajaan Saudi tak iktiraf dia cakap susah la nak kalau dapat peluang pergi haji @ umrah nt, sekarang Allah dah permudahkan urusan. alhamdulillah tahniah menteri @drzul_albakri & @Khairykj,” luah seorang wargamaya.
Alhamdulillah.. so lepas ni jangan nak pilih-pilih vaksin.. everything gonna be okay when kita capai herd immunity.. make others aware about this.. #sinovac #AstraZeneca #Pfizer,” sokong seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Arab Saudi dilaporkan menetapkan hanya jemaah yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan haji.
Jawatankuasa Ilmiah Nasional untuk Penyakit Berjangkit negara itu juga telah meluluskan penggunaan campuran dua dos vaksin COVID-19 berbeza
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Arab Saudi Bina Kereta Kabel Ke Gua Hira, Mula Operasi Tahun Depan

gempak
03/09/2024
15:59 MYT
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira, yang dijangka beroperasi pada tahun depan.
Berita

Lebih 1.8 Juta Umat Islam Seluruh Dunia Tunai Ibadat Haji Tahun Ini

gempak
16/06/2024
09:07 MYT
Sebanyak 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi.
Berita

Anak Bulan Syawal Tak Kelihatan, Arab Saudi Umum Aidilfitri Jatuh Hari Rabu

gempak
08/04/2024
22:23 MYT
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri
Laman Utama

Tak Wajar Boikot Haji Dan Umrah Hanya Kerana Arab Saudi Ingin Normalisasi Dengan Israel

gempak
11/11/2023
05:00 MYT
Tak wajar boikot.
Laman Utama

Penolong Professor Kongsi Mengenai Kota Larangan, Al Ula - “Yang Tidak Digalakkan…”

gempak
12/09/2023
09:50 MYT
Bukan semua tempat dilaknat Allah.
BorakSeeni