Tanggal 7 Februari merupakan hari lahir putera kepada pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dia Semanis Honey, Nadya Syahera dan suaminya, Fizul Nawi.

Melalui perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Nadya menyatakan tarikh tersebut merupakan hari permulaan dia menjadi ibu kepada dua orang anak.

Nadya juga mendedahkan anaknya, Muhammad Dayyan terkena jangkitan pada hari kelahirannya namun kini sudah pulih serta sihat.

"Setahun yang lalu. 07/02/2018 adalah tarikh I officially jadi mother of two.

"And harini genap juga lah setahun umur Muhammad Dayyan.

"Walaupun masa lahir Dayyan terkena jangkitan tapi alhamdulillah sekarang Dayyan dah sihat.

"Membesar dengan baik, sihat dan jadi anak yang soleh ya. I love you so much," tulisnya sebagai ucapan hari lahir.

Rata-rata pengikut turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Dayyan.

Nadya telah mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aleena Rose dan Muhammad Dayyan.

setahun yang lalu. 07/02/2018 adalah tarikh i officially jd mother of two. And Harini genap juga lah setahun umur Muhammad Dayyan. Walaupun masa lahir Dayyan terkena jangkitan tapi alhamdulillah skrg dayyan dah sihat. Membesar dengan baik, sihat dan jd anak yg soleh ya. i love you so much ?

A post shared by NS (@nadyasyahera) on