Alhamdulillah, Umrah Kembali Dibenarkan Bermula…
Selepas tujuh bulan ditutup akibat pandemik COVID-19, Arab Saudi akhirnya membenarkan pelaksanaan ibadah umrah secara berperingkat mulai 4 Oktober ini.
Keputusan itu dibuat oleh Kementerian Dalam Negerinya.
Menerusi agensi berita rasmi Saudi Press Agency, untuk peringkat pertama, sebanyak 6,000 orang rakyat dan penduduk Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari mulai 4 Oktober.
Buat pengunjung luar negara pula, hanya 20,000 individu saja dibenarkan menunaikan umrah setiap hari.
Malah, rakyat luar negara hanya dibenarkan menunaikan ibadah itu mulai 1 November.
Menurut kementerian itu lagi, pelaksanaan kapasiti penuh hanya dibenarkan apabila ancaman pandemik Covid-19 dihapuskan secara total.
Terdahulu, kerajaan Arab Saudi telah menangguhkan ibadah umrah pada Mac dan mengurangkan bilangan jemaah haji secara drastik pada tahun ini sebagai langkah mengekang penularan virus COVID19.
Kota suci itu telah menarik kunjungan jutaan umat Islam setiap tahun selain telah menjadi sumber ekonomi utama buat Arab Saudi.
Sumber: Saudi Press Agency/ Harian Metro