Selepas tujuh hari menyambut kelahiran cahaya mata sulung, personaliti media sosial, Alif Teega berkongsi nama anak perempuannya kepada umum.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Alif mendedahkan dia memilih nama Khadeejah Hijanah untuk diberikan kepada bayinya itu.

"Assalamualaikum Khadeejah Hijanah. Semoga nama yang daddy berikan sempena nama insan yang hebat dalam sejarah Islam membentuk peribadi mulia dan akhlak yang baik.

"Membesarlah dengan ilmu yang bermanfaat, iman yang kukuh, taat dengan perintah Allah dan sunnah Rasulullah. Amin," katanya yang berkongsi kepada lebih 1.1 juta pengikutnya di Instagram.

Bagaimanapun, Alif masih memilih untuk tidak mendedahkan lagi wajah puterinya itu.

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)


Begitupun, Alif yang membuka akaun Instagram buat anaknya itu menerusi @khadeejahhijanah kini sudah mempunyai lebih 71,000 pengikutnya yang tersendiri.

Terdahulu, pada 13 Januari lalu, isterinya Aisyah Hijanah dilaporkan selamat melahirkan bayi sulung mereka.

BACA: Kongsi Video Bersalin, Alif Teega & Aisyah Hijanah Sambut Kelahiran Sulung Bayi Perempuan