Produksi All Stars Gegar Vaganza tidak mengetahui punca sebenar hos sensasi Elly Mazlein memuat naik hantaran luahan hati di Instagram pada malam tadi.

Jelas Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, pihaknya juga tidak dapat memastikan hantaran terbabit ditujukan kepada mana-mana individu.

"Saya tak dapat komen panjang, saya tak tahu ia ditujukan kepada siapa," ujarnya ketika sidang media.

Bagaimanapun, akuinya pengunduran Elly Mazlein atau turut popular dengan panggilan Kak Lina Pom Pom dari pentas All Stars Gegar Vaganza sedikit sebanyak mengganggu emosi produksi.

"Secara emosi mungkin agak terganggu sedikit tapi semua profesional. Tanggungjawab yang dipikul ini harus teruskan.

"Kita berbaki lapan minggu lagi. Jadi, apa saja emosi yang datang kita move on dan teruskan saja. Perhatian harus diberikan kepada peserta yang tinggal hingga ke final nanti," katanya.

Pun begitu, ujar Norzeha lagi, Astro sentiasa mengalu-alukan seandainya Elly berubah fikiran dan ingin kembali mengemudikan All Stars Gegar Vaganza.

"Kami alu-alukan... Saya rasa semua terasa (kehilangan Elly). Pada pada sama kita hormati keputusannya," tambahnya.

Untuk rekod, pada 11 Oktober lalu Elly mengumumkan pengundurannya sebagai hos ASGV, difahamkan atas hal peribadi.

BACA: All Stars Gegar Vaganza: Aishah Tersingkir - “Ramai Doa Nak Tengok Saya Keluar Termakbul”

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.