Aman Graseka Tak Malu Jual Jellyball, Rezeki Tuhan Itu Luas
Ernalisa
16/08/2024 14:55 MYT
16/08/2024 14:55 MYT
Pelakon, Aman Graseka bersyukur dengan kehidupannya sekarang dan tidak pernah berasa malu berniaga di tepi jalan dengan menjual makanan kesukaan kanak-kanak iaitu Jellyball di Sungai Petani Kedah.
Aman ketika dihubungi Gempak berkata, perniagaan makanan yang diusahakan bersama isterinya, Nurul Amrina kini sudah memasuki usia dua tahun
Aman ketika dihubungi Gempak berkata, perniagaan makanan yang diusahakan bersama isterinya, Nurul Amrina kini sudah memasuki usia dua tahun
"Pada mulanya kami hanya menjual popia goreng sewaktu Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sebelum ini, kemudian kami cuba jual kerepek pula.
"Saya cakap dengan isteri cuba kita jual makanan yang orang tak pernah buat atau jual. Jadi isteri saya kata, kita jual Jellyball yang semua orang boleh makan.
"Jadi isteri setiap pagi isteri saya yang buat Jellyball tu sampai 50 atau 100 bungkus. Alhamdulilallah ramai yang suka," katanya kepada Gempak.
Tambah Aman lagi, rezekinya kini semakin meluas apabila Jellyball yang dibuat mendapat tempahan daripada vendor sekitar Kedah.
Setiap hari hampir 70 bungkus Jellyball akan dihantar ke gerai-gerai kecil yang menempah Jellyball mereka.
Aman juga dilihat sering berkongsi video jualan Jellyball bersama isterinya menerusi aplikasi TikTok.
Sekali sekala aktor itu bersama isteri Nurul Amrina dilihat mesra menjawab persoalan yang diberikan oleh pengikutnya.