Berita

Polis Trafik Didakwa Minta RM100 Daripada Pelancong UK Tular, Ini Respons JSPT Bukit Aman

gempak
Gempak
28/01/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Polis Trafik Didakwa Minta RM100 Daripada Pelancong UK Tular, Ini Respons JSPT Bukit Aman
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjalankan siasatan terperinci berhubung video tular tindakan anggota polis trafik menyaman dan menawarkan bayaran saman terhadap pasangan warga United Kingdom.
Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya telah mengesan video tular itu pada pukul 4.30 petang Ahad.

BERITA TRENDING: Hidayah Abam Dah Bertunang? Netizen Restu & Ucap Tahniah - “Awak Pun Berhak Untuk…"

"Kita mengambil maklum kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan terbabit serta tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan.Mohd Azman berkata, orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi tidak tepat.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian itu diminta menghubungi JSPT melalui bilik gerakan di talian 03-22663356 atau email [email protected].
"Kita akan memaklumkan perkembangan siasatan dan tindakan lanjut akan diambil," katanya.
Dalam video yang difahamkan turut dimuat naik di saluran Youtube itu, seorang anggota polis trafik memberitahu pasangan terbabit bahawa van tersebut dipandu 80 kilometer sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60 kilometer pada jam 11.30 pagi.

BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: Gambar Photoshoot Gaun Putih Tersebar, Siti Nordiana Bakal Kahwin?

"Saya akan berikan kamu surat saman dan kamu pergi ke balai polis untuk membayarnya, jika bayar di balai, RM300, bayar sekarang, RM100," kata anggota polis trafik tersebut.Dalam visual terbabit, pasangan itu bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang tunai berjumlah RM100 kepada polis berkenaan.
Anggota polis tersebut kelihatan mengambil wang berkenaan tanpa memberikan sebarang surat saman.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live