,
Hiburan

Ambil Ilham Dari Buruj ‘Orion’, Uyaina Arshad Umum Nama Anak Kedua

Umirah Halim
23/07/2024
12:55 MYT
Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran akhirnya mengumumkan nama anak keduanya yang dilahirkan pada May lalu.

Nama anak kedua

Menerusi hantaran di Instagram, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, memaklumkan nama anak lelaki keduanya itu ialah Raja Urayyan yang membawa maksud cahaya syurga.
“Nama Urayyan kami ambil ilham dari buruj ‘Orion’ dengan cara sebutan yang sama, tetapi ejaan yang berbeza.

“Dalam Bahasa Greek, Urayyan membawa maksud ‘Cahaya Syurga.’ Dan dalam Islam, Buruj Orion ini adalah Penunjuk Arah Kiblat.

“Setiap malam kita dapat lihat 3 bintang di langit yang membentuk buruj Orion walau di mana sahaja kita berada di muka bumi ini.
BERITA TRENDING: “Saya Dan Fattah Okay, Kami Cuma Sibuk” - Fazura
BERITA TRENDING: Uyaina Arshad Kongsi Soalan ‘Famous’ Yang Selalu Diterima Oleh Ibu Lepas Bersalin - “Ada Sesetengah Respons Buat Saya Sampai Terkedu”
“Dan Buruj Orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah Kaabah,” tulisnya.
Pada masa yang sama, Uyaina turut menitipkan doa buat anak keduanya itu.
“Semoga Raja Urayyan tidak pernah hilang arah, bersinar bagaikan bintang, bercahaya & memberi manfaat kepada orang lain,” tambahnya.
BERITA TRENDING: Berdepan Masalah Jantung, Uyaina Arshad Pilih Bersalin Secara Pembedahan - “Kami Dah Berempat Sekarang…”
BERITA TRENDING: Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”
Untuk info, Uyaina dan suami, Raja Syahiran yang juga penyanyi mendirikan rumah tangga pada 2021 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Raja Urhan yang kini berusia satu tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video