Laman Utama
Ameera Khan Sedia Berkahwin Tahun Depan, Nak Cari Calon Suami Warak
Pempengaruh Ameera Khan seakan-akan memberikan bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, Ameera atau turut dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) menjawab soalan yang diajukan pengikutnya di ruangan Ask Me Question.
BACA: "Mama Bacakan Hari-Hari" - Surah Ar-Rahman Kegemaran Ameera Khan, Amal Baca Al-Mulk Sebelum Tidur
Advertisement
Kata Ameera, 21, dia merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2022, sudah mempunyai tarikh perkahwinan dan cincin namun masih belum mempunyai calon suami.
Ameera turut memuat naik foto menggayakan sebentuk cincin emas putih bertakhtakan batu berlian.
"Insya-Allah pada tahun 2022. Belum lagi tetapi cincin dan tarikh kahwin sudah ada, sedang mencari jodoh ketika ini. Saya cuma cakap tahun 2022 dan terus berdoa perkara tersebut akan terjadi," ujarnya.
Ditanya sama ada lelaki berwajah kacak atau lelaki kaya, pemilik nama Nur Ameera Khan menolak kedua-duanya.
Sebaliknya jawab Ameera; "Seorang lelaki yang patuh pada Yang Maha Esa."
Dalam pada itu, Ameera turut berkongsi pesanan yang pernah diberikan Neelofa.
"Jangan biar sesiapa (khususnya kaum lelaki) menyuruh melakukan sesuatu hal atau menghalang melakukan perkara yang anda suka.
"Ini merupakan nasihat paling terbaik kerana kadang-kadang saya juga boleh menjadi seorang yang tidak bijak," ujarnya.
Sebelum ini, timbul desas-desus wujud bibit cinta antara Ameera dan pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol apabila mereka dilihat saling berbalas komen di Instagram.
Tidak bertahan lama, Ameera kemudian dilihat tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram dan bertindak memadam semua komen di gambar pelakon filem Kuntilanak itu.
Sumber: Instagram @littlemisskhan
Must-Watch Video