Pelakon, Amelia Henderson berjaya dalam rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bagi mengetepikan keputusan yang memerintahkannya membayar RM200,000 kepada syarikat A Aida Production Sdn Bhd berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.

Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong membenarkan rayuan Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, selaku pemohon.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan pelakon popular itu membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000 dan faedah lima peratus secara tahunan bermula hari ini.

BERITA TRENDING: Langgar Kontrak, A. Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan - “Saya Tersentak, Sangat Tak Profesional!”

Dalam prosiding itu, Amelia diwakili peguam, Mansheel Kaur manakala peguam, Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.

Sebelum ini, Amelia memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi itu pada 18 April lalu.

BERITA TRENDING: "Sebarang Rayuan Tak Akan Dilayan..."- A. Aida Serik Bekerjasama Dengan Amelia Henderson


Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan syarikat produksi itu selaku plaintif terhadap Amelia selaku defendan.

Dalam penghakimannya ketika itu, hakim tersebut berkata, mahkamah mendapati Amelia telah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

BERITA TRENDING: Amelia Henderson Mengaku Sudah Bercerai, Buka Mulut Kerana Tak Mahu Netizen Terus ‘Membawang’

Penghakiman mahkamah juga mendapati Amelia sendiri bersetuju membintangi drama itu selain turut bersetuju watak yang ditawarkan iaitu Aira yang mana Amelia adalah heroin dalam drama tersebut.

Justeru, mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am selain faedah lima peratus.

BERITA TRENDING: "Teruk & Jijik! Dia Ugut Nak Rampas & Rogol Saya" - Amelia Henderson Dedah 'Episod Hitam' 12 Tahun Lalu

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

Bagaimanapun, saman melibatkan A Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000.

BERITA TRENDING: "Weh Geli Lah! Ingat Hensem Ke? Ingat Ada Orang Nak Kat Kau Ke? Puihh" - Kerana Komen Ini Kakak Naim Daniel Kena Kecam


Bagaimanapun pada Ogos lalu, Amelia berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A Aida.

Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Depan Khalayak, Pasangan Tersebut Kini Bergelar Kekasih?