Laman Utama

Anak Menteri Pendidikan Dapat 9A Dalam SPM

gempak
Izwan Isa
08/06/2023
06:33 MYT
Sponsor Banner
Anak Menteri Pendidikan Dapat 9A Dalam SPM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meluangkan masa menemani anak sulung, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18 mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Khamis.

Fadhlina tiba di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bandar Sri Permaisuri Cheras di sini sekitar jam 10 pagi.
Beliau meluangkan masa lebih satu jam dengan duduk di kerusi bahagian ibu bapa sebelum meninggalkan lokasi jam 11.40 pagi.
BACA: Zaki Yamani Target Dapat 7A Dalam SPM - "Sibuk Kerja Pun Pelajaran Diutamakan!"
Fadhlina turut mengambil peluang beramah mesra dengan pelajar cemerlang yang diraikan pada Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Thurayya Fadhilah yang memperoleh 9A dalam SPM meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut.
Dia merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas ini.
"Sebagai anak Menteri Pendidikan dan anak sulung pula, saya akui tertekan kerana ramai pihak meletakkan harapan yang tinggi.
"Bagaimanapun mak saya sentiasa memberikan sokongan dan tidak kisah dengan apa juga keputusan yang diperoleh.
"Sambil peluk, mak saya ucapkan tahniah kepada saya," katanya pada Khamis.
Dalam pada itu, Thurayya Fadhilah turut merakamkan penghargaan kepada semua guru yang pernah mengajarnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.
Dia turut berharap, kejayaan diperoleh itu menjadi suntikan semangat dan contoh buat empat adiknya yang lain untuk berjaya dalam akademik.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Zalina Mohd Tahir berkata, seramai 15,501 calon telah mendaftar SPM 2022 dan 15,102 daripadanya telah hadir dan menduduki peperiksaan di 154 pusat peperiksaan.
BACA: "SPM Tak Buat Betul-Betul Siap!" - Ifa Raziah Hadiahkan BMW Sempena Birthday Ke-17 Anak, Jatuh Serentak Tarikh PRU-15
Katanya, pencapaian calon SPM 2022 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah lebih baik dengan Gred Purata Negeri (GPN) 4.75 berbanding 4.81 tahun lepas.
Selain itu katanya, 17 calon memperoleh A bagi semua mata pelajaran dan 501 calon berbanding 11 orang tahun lepas.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live