Gara-gara kereta bergoyang viral selepas didakwa melakukan perkara tidak senonoh di pekarangan masjid, seorang individu tampil memberikan kenyataan mengenai kejadian tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook, lelaki berkenaan mendedahkan yang kenderaan berkenaan merupakan milik bapanya.

Menurutnya, disebabkan kejadian tersebut tular di media sosial, pelbagai ancaman dan ugutan telah diterima.

Anak pemilik Axia

“Assalamualaikum warga netizen. Dalam beberapa jam yang lepas, telah tular satu video sehingga carian ‘Axia TBY’ menjadi popular di Facebook. Video tersebut memaparkan seorang budak lelaki dan pasangannya yang kantoi melakukan perkara tak senonoh dalam kereta di pekarangan masjid di Kuala Lumpur.


“Saya, sebagai individu yang berkaitan dengan video ini, ingin memberikan penjelasan untuk membersihkan nama keluarga saya. Saya harap sahabat-sahabat semua dapat membantu saya dengan menyebarkan penjelasan ini seluas mungkin. Tolong kongsikan juga pada hantaran yang telah menyebarkan video tersebut.

“Axia TBY 3064 adalah kereta milik ayah saya, seorang pesara guru dan kini seorang imam surau. Nama ayah saya telah ditularkan bersama alamat rumah kami. Kereta Axia itu digunakan oleh adik bongsu saya yang sedang belajar di Kuala Lumpur.

“Adik saya merupakan lepasan tahfiz, dan di sana beliau juga menjadi imam dan guru mengaji. Kami insya-Allah datang dari keluarga yang baik, bukan pembuat maksiat sebagaimana ditularkan,” tulisnya.

Menurut individu tersebut, kereta berkenaan telah dipinjam oleh sahabat adiknya dengan tujuan menghantar rakan ke klinik.

Rakan adik pinjam

“Beberapa hari lepas, kawan adik saya bernama I**** telah meminjam kereta Axia itu. Adik saya berada di perpustakaan dan membenarkan kawannya meminjam kereta untuk menghantar kawan ke klinik.

“Peristiwa dan rakaman tersebut berlaku selepas mereka ke klinik, dan pesalah dalam kereta itu adalah I****, kawan adik saya. Bukan adik saya, apatah lagi ayah saya sebagai pemilik kereta.

“Sekarang saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk urusan tertentu, dan saya akan bertemu dengan budak I**** itu. Saya dimaklumkan bahawa budak I**** tersebut telah ke masjid untuk menyelesaikan perkara ini dengan perakam video dan pihak berkaitan. Jika kes ini dipanjangkan ke Pejabat Agama atau apa-apa, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab kami,” katanya.

Dalam pada itu, individu tersebut mendedahkan yang tujuan dia bercerita mengenai perkara tersebut adalah kerana ingin membersihkan nama ayahnya.

“Saya hanya ingin membersihkan nama ayah saya yang telah ditularkan dan dilemparkan kata-kata kesat. Saya berharap pesalah itu insaf dan mengambil pengajaran atas keterlanjuran dan kekalahan kepada godaan syaitan. Moga Allah pelihara maruah kita semua,” katanya lagi.

Nombor tidak dikenali

Dalam kemas kini terbaharu, individu berkenaan berkata sudah ada beberapa nombor yang tidak dikenali menghubungi nombor telefon milik ayahnya.

“Sudah ada beberapa nombor tak dikenali contact ayah saya. Itu adalah kereta keluarga. Adik-adik saya yang lain pernah menggunakannya sebelum ini. Kini, adik saya yang pula yang ditularkan sebagai kaki maksiat tanpa sebab.

“Adik bongsu saya terpaksa rehatkan kereta tu kerana sudah ada ancaman. Dia dalam minggu study week nak ambil exam. Harap semua memahami situasi sebenar dan membantu menyebarkan penjelasan ini,” tutupnya.

Sumber: Facebook

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

ARTIKEL TRENDING: Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau Tak Salah..”

ARTIKEL TRENDING: Qawiy Nafi Terlibat Dengan Jenayah Gangguan Seksual – “Tidak Benar Dan Fitnah”

ARTIKEL TRENDING: Brad Pitt Didakwa Sudah Lama Dera Angelina Jolie