Laman Utama

"Anda Pernah Bandingkan Dia Dengan Isteri Nabi Muhammad" - Sarah Hildebrand Sindir Balik Peminat Setia Neelofa, Nyahaktifkan Akaun Instagram

gempak
Amri Hassan
08/04/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
"Anda Pernah Bandingkan Dia Dengan Isteri Nabi Muhammad" - Sarah Hildebrand Sindir Balik Peminat Setia Neelofa, Nyahaktifkan Akaun Instagram
Pulang paku buah keras! Itu tindakan pelakon Sarah Hildebrand yang tampil mengkritik semula tindakan peminat fanatik pengacara Neelofa yang pernah mengecam penampilannya sebelum ini.
Sarah, 30, menerusi posting di Instagram pada Rabu turut mengingatkan semula tindakan peminat fanatik pengacara tersebut yang pernah menyamakan keperibadian Neelofa dengan isteri Nabi Muhammad S.A.W, Siti Khadijah.
"Sekarang apa? Apa yang kamu boleh katakan kepada diri sendiri? Ingat lagi tak apa yang kalian tuturkan pada aku?
"Anda membandingkan dia dengan isteri baginda Nabi Muhammad S.A.W, Khadijah, seorang wanita yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa di atas muka bumi ini.
"Wise up and stop clowning around. Ini bukan satu sarkas," tulisnya.
Sarah turut meletakkan foto terkininya bersebelahan dengan foto Neelofa sebelum wanita itu berpurdah selain kapsyen kecaman netizen terhadapnya suatu ketika dahulu.
Di ruangan Instagram Stories, Sarah turut mengemaskini foto terbabit berserta emoji jari tengah.
Tindakan Sarah memuatnaik luahan hatinya terhadap pengikut fanatik pengacara terbabit mencetuskan pelbagai perasaan di ruangan komen.
Malah, ada yang menasihati Sarah agar tidak mengambil kisah tentang sikap keterlaluan netizen yang sering melihat keburukan orang lain berbanding diri sendiri.
Menerusi tinjauan Gempak, selepas memuat naik status berkenaan, Sarah telah menyahaktifkan akaun media sosialnya itu.
Terdahulu, sekitar Oktober tahun lalu Sarah mengejutka ramai apaila berkongsi fotonya yang sudah tidak lagi berhijab di samping suaminya, Otto Gillen di Instagram.
Sarah sebelum itu pernah mengenakan hijab sekitar September 2015.
Episod Sarah dan Neelofa mulai menjadi sorotan apabila pernah mengkritik pengacara itu mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah kelab malam di ibu kota sekitar tahun 2018.
Peminat pula mula membanding-bandingkan kedua-duanya apabila Neelofa mulai berpurdah manakal Sarah membuka hijabnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live