Pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya tidak sependapat dengan pandangan Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar mengenai kempen kibarkan bendera putih.

Menurut Fedtri, perbuatan mengangkat bendera putih adalah satu usaha yang dilakukan oleh golongan terkesan demi kelangsungan hidup.

Katanya lagi, tindakan itu juga memudahkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengesan bagi menghantar bantuan pada individu dalam kesusahan.

"Maaf YB. Angkat bendera putih tu satu ikhtiar. Kadang-kadang orang tak dapat kesan.

"Bila ada ‘signal’ macam ni, mudah kerja-kerja NGO dan jiran tetangga. Sebab nak meminta, bukan semua orang ada kekuatan. Usaha, doa dan tawakal," tulisnya di Instagram.



Ahli Parlimen Bachok sebelum ini menganggap perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan bantuan iaitu dengan mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

BACA: “Elak Kibar Bendera Putih, Masih Ada Cara Lebih Baik” – Nasihat ADUN Tanjung Lumpur

Terdahulu, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #BenderaPutih di platform media sosial bermula Isnin.

Inisiatif itu bertujuan untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik terutamanya yang putus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera sekaligus mendapat sokongan dalam kalangan rakyat.