Pelakon Que Haidar mengakui karakter pahlawan Tunku Kudin merupakan antara kisah dan watak besar yang diidamkannya.

Menurut Que, Tunku Kudin merupakan pahlawan yang terlibat dalam Perang Saudara di Selangor untuk menbantu Raja Ismail menewaskan Raja Mahadi.

“Di antara kisah dan watak besar yang saya idamkan!! Pernahkah anda mendengar nama Tunku Kudin? Beliau adalah menantu kepada Sultan Abdul Samad iaitu Sultan Selangor.

"Tunku Kudin atau nama sebenar Tunku Zia ud-din ibni al-Marhum Sultan Zain al-Rashid al-Mu’azzam Shah ar (ejaan arab)/Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I (Ejaan Rumi) anak kepada Sultan Kedah.

“Beliau terlibat di dalam Perang Saudara di Selangor dengan menghantar 500 tentera Kedah untuk membantu Raja Ismail menewaskan Raja Mahadi.

“Tindakkan beliau telah menimbulkan kemurkaan Sultan Kedah lalu digugurkan kesemua jawatan beliau termasuk Jawatan Raja Muda pada masa itu di Kedah,” tulisnya.

Suami kepada penari terkenal Linda Jasmine itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya teruja dan tidak sabar untuk menanti karya sebegitu ditayangkan.

Nama Que Haidar dikenali dan popular dalam filem Rock Oo!, KL Menjerit 1, Lagenda Budak Setan, Zombi Kampung Pisang dan banyak lagi.

DI ANTARA KISAH dan WATAK BESAR YANG SAYA IDAMKAN!! Pernahkah anda mendengar nama Tunku Kudin? Beliau adalah menantu kepada Sultan Abdul Samad iaitu Sultan Selangor. Tunku Kudin atau nama sebenar Tunku Zia ud-din ibni al-Marhum Sultan Zain al-Rashid al-Mu’azzam Shah ar (ejaan arab)/Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I (Ejaan Rumi) anak kepada Sultan Kedah. Beliau terlibat didalam Perang Saudara di Selangor dengan menghantar 500 tentera Kedah untuk membantu Raja Ismail menewaskan Raja Mahadi. Tindakkan beliau telah menimbulkan kemurkaan Sultan Kedah lalu digugurkan kesemua jawatan beliau termasuk Jawatan Raja Muda pada masa itu di Kedah. Salah seorang daripada pewaris susur galur beliau adalah Que Haidar. Berikut salasilah keturunan beliau. 1. Y.M. Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar [Que Haidar] anak kepada; 2. Y.M. Tunku Haidar bin Tunku Daud [Tengku Haidar bin Tengku Daud] anak kepada; 3. Y.M. Tunku Daud bin Tunku Haidar ‘Ali Shah [Tengku Daut] [Tengku Daud bin Tengku Haidar] anak kepada; 4. H.H. Tunku Haidar ‘Ali Shah bin Tunku Zia ud-din [Tunku Idah/Eda] anak kepada 5. Tunku Zia ud-din ibni al-Marhum Sultan Zain al-Rashid al-Mu’azzam Shah [Tunku Kudin] Rujukan: https://www.royalark.net/Malaysia/kedah5.htm Buku Sejarah Kedah Sepintas Lalu (Haji Ibrahim Ismail) Wafi Ahmad Sumber dari Page ANGKATAN PENGKAJI SEJARAH DAN SASTERA

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on