Laman Utama

“Apa Dosa Atau Salah Saya?” – Iqbal Pun Kena Blocked Dengan Nad Zainal

Mya Amri
24/08/2023
08:50 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli mendedahkan akaun Instagramnya juga telah disekat (block) oleh pelakon Nad Zainal walaupun dia begitu mengenali aktres itu.
Iqbal berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram Gempak yang merakamkan aktres Nabila Huda sedang memberikan komen mengenai isu sama.
BACA: “Nad Zainal? Siapa Tu Pelakon Ke?”- Nabila Huda Pelik Tak Kenal Tapi IG Kena Block
Menurut Iqbal, perkara itu membuatkan dia terfikir jika dia ada membuat sebarang kesalahan tanpa sedar terhadap Nad.
“@kupu_kupu Sis, saya yang tidak pernah bertegur, tidak pernah bersua muka dan tidak pernah muncul di IG pun kena blok IG oleh dia.
“Betul tiba-tiba. Buatkan saya sedikit down. Jadi terfikir apa dosa atau salah saya pada dia,” tulisnya.
BACA: “Tanya Sebab Memang Tak Kenal” - Bukan Persenda Masya Masyitah, Nabila Huda Jarang Tengok Sosial Media
Untuk info, Nabila mendapat perhatian netizen apabila meninggalkan komen tidak mengenali Nad dalam sebuah hantaran Instagram memaparkan temu bual isteri Ungku Ismail itu bersama pihak media.
Dalam temu bual tersebut, Nad memberitahu enggan mengambil kisah dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.
BACA: Selepas Masya Masyitah, Kali Ini Nabila Huda Tak Kenal Nad Zainal Pula?
Terdahulu, Spekulasi bermasam muka antara Nad dan sahabatnya itu mula bertebaran selepas aktres itu pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.
Selain Nabila, antara nama rakan selebriti lain yang terkait dalam isu ini ialah Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Viral

Block & Unfollow Artis, Apa Itu Kempen Blockout 2024?

gempak
14/05/2024
16:25 MYT
Baru-baru ini kecoh tentang kempen Blockout 2024 yang mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Tetapi apakah itu Blockout 2024? Blockout 2024 sebenarnya sebuah kempen yang diasaskan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @ladyfromtheoutside sebagai salah satu cara menunjukkan sokongan kepada Palestin.
Hiburan

Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."

gempak
10/05/2024
08:30 MYT
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli bertegas untuk tidak akan memulangkan anak angkat yang dijaganya, Ahmad Ziyad kepada keluarga kandungnya.
Viral

Polemik Dengan Bekas Isteri Masih Membara, Adik Iqbal Zulkefli Mohon Doa Dari Netizen

gempak
22/04/2024
07:55 MYT
Weldan Zulkefli memohon bantuan doa daripada netizen susulan polemik yang melanda dia dan bekas isteri.
Viral

“Mak Dia Small Size, Anak Fuh Sedap!” - Dynas Mokhtar Kongsi Wajah Anak Nad Zainal & Ungku Ismail?

gempak
04/03/2024
00:55 MYT
Comel!