Berita
"Apa Yang Bertingkat-Tingkat Tu" – Kecomelan Anak Almy Nadia Buat Ramai Netizen Geram
"Apa Yang Bertingkat-Tingkat Tu" – Kecomelan Anak Almy Nadia Buat Ramai Netizen Geram
Pelakon Datin Almy Nadia telah berkongsi sekeping foto anak bongsunya, Nurafrina Ayra di akaun Instagram (IG).
Menerusi entri tersebut, ramai yang geram melihat gelagat Nurafrina dan gaya bersahajanya tertidur di atas sofa.
"Bila si mama tengah bersilat dekat dapur, ini kejadiannya bila si anak kecik duduk dengan si papanya. cc @fizzfairuzofficial," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan Nurafrina.
"@jasminhamidjh: Aiyooo. Ni apa ni? Kfc ke? Gigit sikit boleh tak?"
"@kakgirlsebenar:hahahhah comel. Dah macam burger tauuu. Geram aunty girl tengok."
"@iesya_toh: Apa yang bertingkat-tingkat tu adik, meminta la dia ni!"
"@razai: Buat apa tu sayang? Tidur ka? Tu lengan ka roti? Siannya dia dengan tak pakai baju debab-debab macam tu. Memang mintak kena gigit."
Terdahulu, Almy telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan mereka dikurnikan tiga orang cahaya mata.
Must-Watch Video