Pelakon Zara Zya mengakui bahawa dia terpaksa berdepan dengan pelbagai cerita yang kurang senang mengaitkan dirinya sejak kebelakangan ini.

Begitupun, Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 34, berkata, dia menganggap apa yang terjadi semua pasti mempunyai hikmah tersendiri.

"Sejak akhir-akhir ini macam-macam cerita keluar pasal saya. Ya lah, saya pun tak boleh nak kawal apa yang orang nak cakap pasal saya. Saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

"Saya bersyukur sangat-sangat sebab tak putus-putus peminat, keluarga dan kawan-kawan bagi kata semangat menyokong dan doakan yang terbaik untuk saya," luahnya menerusi perkongsian satu entri di Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, Zara berkongsi video yang memaparkan seorang rakannya dari Jepun yang datang ke negara ini demi memberi semangat kepadanya.

"Yang peluk saya sekarang ni, kawan saya dari Jepun. Sanggup datang sini semata-mata nak jumpa dan bagi semangat kat saya. @hickeymic.

"Nasihat saya, berkawan jangan seribu. Tolong kecilkan circle anda. Kawan boleh jadi lawan," katanya.

WHAT DOESN'T KILL YOU MAKES YOU STRONGER. Lately macam2 cerita keluar pasal saya. Yelah saya pon tak boleh control apa yg org nk cakap pasal saya. Saya percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya. Saya bersyukur sangat2 sebab tak putus2 fans,family and friends bagi kata semangat menyokong dan doakan yg terbaik utk saya. Yang peluk saya sekarang ni, kawan saya dari Japan. Sanggup dtg sini semata2 nak jumpa dan bg semangat kat saya. @hickeymic Apa yg jadi, biarlah. Saya nk buka buku baru dan jadikan tahun 2020 sebagai tahun cemerlang utk bisnes dan juga karier. Saya harap sokongan semua utk bg saya lbh kuat dan tabah utk harungi cabaran seterusnya. Nasihat saya, berkawan jangan seribu . Please, kecilkan your circle. Kawan boleh jadi lawan. ? #zarazya @zarazyaloverz @trimzshot

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


Menjelang kehadiran tahun baru, pelakon drama Monalisa itu memberitahu dia enggan menoleh ke belakang lagi, sebaliknya dia mahu terus fokus pada diri.

"Apa yang jadi biarlah. Saya nak buka buku baru dan jadikan tahun 2020 sebagai tahun cemerlang untuk bisnes dan juga karier.

"Saya harap sokongan semua untuk bagi saya lebih kuat dan tabah untuk harungi cabaran seterusnya," pintanya.

Terdahulu, Zara terpalit dengan kontroversi penyebaran video yang memaparkan paparan mesej perbualan yang mendakwa dirinya bersama individu lain.

BACA: "Dia Bekas Tunang Dan Kami Tiada Kaitan Lagi" - Hafreez Enggan Komen Isu Penyebaran Video Mesej Perbualan Zara Zya

Sebelum itu, nama Zara turut menjadi tumpuan apabila ikatan pertunangannya dengan pelakon Hafreez Adam pada Oktober lalu dilaporkan terlerai selepas sebulan bersama.

BACA: Zara Zya Nafi Putus Tunang Kerana Ada Hubungan Dengan Wanita