,
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

Firdaus
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG.

Rasa Cringe Tengok Diri Sendiri

Apich Lo atau pemilik nama sebenarnya, Ahmad Fadzlullah Narudin mengakui berasa sangat teruja di samping gementar kerana diberi peluang membintangi filem tersebut.
“Ini pengalaman pertama saya. Perasaan gementar itu sudah semestinya ada terutama apabila diberi kepercayaan berlakon dalam filem seperti ini.
"Saya rasa 'cringe' tengok lakonan saya. Kalau lihat babak saya dalam filem ini, saya sendiri rasa tak puas hati dan rasa boleh perbaiki lagi di masa akan datang,” katanya.
Bercerita lebih lanjut tentang cabarannya memegang watak sebagai Lee Min Ho, Apich tiada sebarang tentangan sekiranya drama atau filem yang dilakonkan mempunyai adegan yang perlu memerlukan dia menayangkan badan.
“Babak bukan baju dan mandi itu pasti akan menarik perhatian ramai. Semasa dapat skrip, saya tidak tahu babak itu perlu membuka baju. Apabila pengarah suruh buka, saya anggap itu sebagai cabaran demi tuntutan kerja sebagai anak seni.
“Bagi saya, ini bukan tentang tayang badan, sebaliknya komitmen terhadap kerja. Saya sudah bersedia secara mental dan fizikal sekiranya mendapat apa jua komen daripada penonton filem ini," ujarnya.

Tak Tergugat Dengan Pelakon Muda

Disoal mengenai faktor usia dan keberadaan di dalam industri seni, Apich ketika ditemui semasa Malam Gala Filem Pontianak 200KG yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur, mengakui dia bermula agak lambat berbanding pelakon muda yang lain.

“Usia saya kini sudah melebihi 30 tahun dan iya, saya bermula agak sedikit lewat berbanding pelakon lain. Namun, usia bukanlah penghalang bagi saya untuk menjadi pelakon. Jika kita minat, kita perlu berusaha sebaik mungkin.

“Saya pernah bekerja sebagai pembantu perubatan, tetapi sekarang saya berhenti kerana bidang seni adalah minat dan jiwa saya," kongsinya.

BERITA TRENDING: Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti?

BERITA TRENDING: Banyak Platform Media Sosial Diwujudkan Untuk Jatuhkan Ruhainies - “Walaupun Ada Orang Berniat Jahat, At The End Of The Day…”

BERITA TRENDING: Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

BERITA TRENDING: Syamsul Yusof, Ira Kazar Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Pengesahan Lafaz Cerai Taklik

Sekadar info, filem Pontianak 200KG bakal ditayangkan di pawagam 5 September ini. Selain Apich, filem berkenaan dibintangi oleh Aya Amiruddin, Dottie, Ziana Zain, Ropie dan Niezam Zaidi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu

gempak
09/09/2024
07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hollywood

Johnny Depp Tayang Gigi Baharu Lepas Dikutuk Kuning

gempak
08/09/2024
21:53 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp kembali menjadi perbualan dalam kalangan peminatnya baru-baru ini.
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.