Laman Utama

Arahan Jauhi Kedai Mamak Oleh KP Kesihatan, Berita Palsu

gempak
Fiza Kamarudin
28/08/2020
12:53 MYT
Sponsor Banner
Arahan Jauhi Kedai Mamak Oleh KP Kesihatan, Berita Palsu
Orang ramai diminta tidak mempercayai berita kononnya Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai menjauhi kedai mamak.
Mesej yang tular di aplikasi Whatsapp sejak semalam itu menggunakan artikel Malaysiakini versi bahasa Inggeris bertajuk ‘KL restaurant customer part of new cluster, nine cases reported today’ dikeluarkan pada 21 Ogos lalu, untuk menyebarkan berita palsu.
Kandungan yang tidak selari dengan berita asal Malaysiakini itu memberi peringatan kod merah kepada seluruh Malaysia.
Penyalahgunaan foto Dr Noor Hisham serta nama organisasi media pada mesej tersebut juga boleh menimbulkan kekeliruan kerana ramai menyangka KP Kesihatan yang mengeluarkan kenyataan supaya menjauhi kedai mamak dan berhenti mengambil pekerja dari India.
Sehubungan itu editor media berkenaan turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan berita palsu tersebut.
“EDITOR'S NOTE: This article is dated Aug 21, 2020. It is now being used as part of a fake Whatsapp message that does not represent the news originally reported by Malaysiakini,” tulisnya menerusi Whatsapp.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live