Drama komedi kekeluargaan yang dinanti-nantikan, Senduk Swap akhirnya mula ditayangkan hari ini!
Dalam episod pertama, Ayu (lakonan Qasrina Karim) dan Sofea (Emma Sofea) akan memulakan sesi pertama di Akademi Senduk Emas dalam bidang kulinari.
Belum apa-apa lagi, masing-masing dah bercakaran! Lagi best Emma tak tahan dengan tempoyak yang Ayu bawa untuk dijadikan salah satu bahan rahsia dalam masakan pertamanya.
Tapi ada sesuatu yang terjadi bilamana Sofea cuba mensabotaj Ayu!
Dalam pada itu, Ayu yang berasal dari kampung juga berdepan dilema apabila dimaklumkan adanya 'yuran dapur' berjumlah RM10,000 tambahan selain daripada yuran kolej.
Daripada situlah, semua bertanyakan keadaan Ayu 'are you okey?' apabila sikap Ayu yang dibelenggu masalah kewangan berubah tiba-tiba.
Nak tahu apa penyelesaian masalah Ayu ni? Jangan lepaskan peluang menyaksikan Senduk Swap pada 9 September setiap Jumaat, jam 3 petang di TA-DAA! (saluran 612).
Viral
"Are You Okey? Ayu Okey!" - Senduk Swap Mula Tayang Hari Ni, Apa Masalahnya Ayu & Sofea Ni?