Anak penyanyi Tomok, Arrian mula mendapat perhatian selepas memulakan hari pertama sesi orientasinya hari ini.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Tomok selepas dia memuat naik satu foto diakaun Instagram (IG) miliknya pagi tadi.

Foto tersebut merakamkan Arrian dan adiknya Andra yang lengkap berpakaian sekolah sedang tersenyum seolah-olah tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan mereka.

“Bismillahirahmanirahim… Hari pertama orientasi buat Arrian dan andra. Semoga semuanya berjalan dengan lancar buat mereka dan dipermudahkan segalanya. Ayah doakan anak-anak ayah berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya.

bismillahirahmanirahim..hari pertama orientasi buat arrian dan andra . semoga semuanya berjalan dengan lancar buat mereka dan di permudahkan segalanya . ayah doakan anak-anak ayah berjaya dunia dan akhirat

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Bagaimanapun, foto tersebut mendapat perhatian netizen selepas melihat bahagian lencana Arrian diganti dengan emoji ayam goreng.

Rata-ratanya memberikan komen mengusik selain mendoakan agar Arrian dan Andra anak yang baik serta rajin belajar.







Foto: Instagram @tomokofficial