Kemelut rumah tangga yang dihadapi seakan-akan tidak mengganggu pelakon dan penyanyi, Bella Astillah untuk mencipta kejayaan sendiri dalam karier seninya.

Wakil Menyanyi Malaysia Di China

Mewakili negara untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China, Bella mempersembahkan sebuah lagu berbahasa Cina selain Sumandak Sabah nyanyian asal Velvet Aduk dan Marsha Milan.

Dipuji kerana mengharumkan nama negara, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memanjatkan rasa syukur serta berterima kasih kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokongnya menerusi entri di Instagram.

“Terima kasih kesayangan semua yang selalu bagi sokongan dan mendoakan Bella. Alhamdulillah!” tulisnya.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)


Menjengah ke ruangan komen rata-rata rakan selebriti dan warganet mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan itu.



Sarah Yasmine Luah Rasa Bangga

Lebih menarik lagi, kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine turut menitipkan kata-kata hikmah buat penyanyi tersebut dalam Instagram Storiesnya.



Sekadar info, pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikanBella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF'.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

BERITA TRENDING: Ruhainies Minta Cadangkan Rawatan ‘Rambut Kejung’, Netizen Pula Syak Pertanyaan Dituju Buat Sarah Yasmine?

BERITA TRENDING: “No Comment..” - Meerqeen Tak Mahu Ulas Panjang Tentang Sarah Yasmine