Hiburan
"Arwah Alami Kekejangan Lepas Solat Subuh" - Isteri Nabil Zamanhuri
Isteri kepada bekas pengacara dan penyanyi, Nabil Zamanhuri, Adelia Citra Hapsari, 36 memaklumkan suaminya itu dipercayai mula menunjukkan tanda kurang baik ketika selesai untuk menunaikan solat subuh, pagi tadi.
CPR, hubungi 999
Kata Adelia, Nabil mengalalami kekejangan ketika sedang menunggunya selesai mengambil wuduk di bilik air.
“Sewaktu pagi tadi, dia dah bangun dan solat dia baring sebelah saya dan ketika saya ingin solat subuh, selepas ambil wuduk saya dah nampak dia kejang.
“Pada awal saya ingat dia sedang bermain bersama anak bila saya lihat dia kejang saya mula panik dan buat CPR, saya telefon 999 dan mereka guide saya untuk buat CPR.
“Kemudian jiran saya juga datang untuk bantu buat CPR kemudian ambulan datang bila tengok di monitor dah takde dah line,” katanya ditemui di Unit Perubatan Forensik, Hospital Ampang, pada Ahad.
BERITA TRENDING: Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia
Mengulas mengenai punca kematian, Adelia berkata, dia bersama ahli keluarga lain masih menanti keputusan daripada unit forensik.
“Kami masih menunggu keputusan daripada unit forensik tapi doktor cakap kemungkinan jantung,” tambahnya lagi.
Sakit perut
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan, arwah pernah mengadu sakit di bahagian perut sejak beberapa bulan lalu, namun tidak pasti punca sebenar di sebaliknya.
“Sebelum ini, dia ada mengadu sakit sikit-sikit termasuk di bahagian perut sejak dua atau tiga bulan lalu. Tapi, perkara itu datang pada masa tertentu sahaja. Jadi, sekarang kami tengah tunggu 'post-mortem' daripada unit forensik,” katanya.
Terdahulu, Nabil yang juga naib juara program realiti, Mentor musim pertama dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah, Ampang, dekat sini, pagi tadi.
Arwah Nabil telah meninggalkan isteri, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata.
Must-Watch Video