Umum mengetahui anak kepada aktor terkenal Shah Rukh Khan, Aryan Khan ditahan pihak polis ekoran terkait dengan skandal dadah baru-baru ini.
Perkara itu mendapat perhatian daripada Menteri Persatuan Sosial dan Pemerkasaan India, Ramdas Athawale yang menasihatkan aktor berkenaan untuk menghantar anaknya ke pusat pemulihan dadah.
Menurut Athawale, Aryan memiliki masa depan yang menanti, justeru pengambilan dadah tentunya bukan satu perkara baik.
"Tak bagus untuk ambil dadah pada usia muda, Aryan Khan ada masa depan yang menanti.
"Saya nasihatkan Shah Rukh Khan untuk menghantar Aryan ke pusat pemulihan di bawah kementerian. Aryan harus berada di sana selama satu atau dua bulan, dan bukan meletakkannya di penjara.
"Terdapat banyak pusat pemulihan di negara ini, dalam sebulan dua, ketagihan terhadap dadah akan dirawat," kata beliau seperti yang dipetik dari ANI News.
Terdahulu, Aryan ditangkap bersama tujuh yang lain dalam serbuan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada 3 Oktober lalu di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.
Dalam serbuan berkenaan, NCB telah menemukan 13 gram dadah jenis kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD).
Bagaimanapun, Aryan menafikan terlibat dengan pengambilan dadah dan mendakwa dirinya hanya sebagai tetemu parti di atas kapal mewah berkenaan.
Malah menurut laporan media di India, Aryan dan yang lainnya disahkan negatif dari najis dadah dan telah mengambil dua dos vaksin COVID-19.
BACA: Dakwa Hanya Tetamu Dalam Pesta Dadah, Anak Shah Rukh Khan Tetap Direman
BACA: Tiada Layanan Istimewa, Anak Shah Rukh Khan Akan Makan Menu Penjara
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Sumber: aninews.in
Asraf Aided
Tue Oct 26 2021
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.