Laman Utama

“Asal Liwat Je Mesti Sekolah Agama…” - Netizen Kritik Perbuatan Jijik Guru Agama Liwat Pelajar Bawah Umur

gempak
Izwan Isa
18/05/2022
06:46 MYT
Sponsor Banner
“Asal Liwat Je Mesti Sekolah Agama…” - Netizen Kritik Perbuatan Jijik Guru Agama Liwat Pelajar Bawah Umur
Semalam, kecoh di laman sosial mengenai berita tentang pelajar berusia 14 tahun yang nekad membuat laporan polis selepas menjadi mangsa liwat seorang guru agama di sekolahnya sendiri.
Tidak hanya sekali, pelajar berkenaan mendakwa yang dia diperlakukan dengan hal jijik tersebut beberapa kali ketika usianya di bawah 12 tahun sejak 2018.
Pengakuan pelajar berkenaan menyorot perhatian netizen dan rata-rata memberikan respons negatif terhadap perlakuan tidak senonoh guru agama itu.
“Asal liwat je mesti sekolah agama atau madrasah tahfiz. Keji dan kotor betul punya minat songsang sesetengah tenaga pengajar agama. Sembang hukum bukan main.”
“Ibu bapa tolonglah didik anak-anak untuk kenal pasti abuse supaya mereka dapat elakkan diri. Kes macam ni biasanya bermula dengan benda kecil. Kalau anak tu tahu dirinya kena abuse dia akan open up. To the teacher, rot in hell!!”
“Hal ini sering terjadi terhadap guru agama di tahfiz, ada sesuatu yang tidak kena dengan orang seperti ini. Mereka sepatutnya dedahkan nama dan wajah guru agama itu. Saya harap dia akan digantung tugas dan dimalukan di khalayak.”
“Perlu ada kajian khas kenapa isu liwat dan seks kanak-kanak banyak melibatkan orang agama. Tak kira Islam, Christian, atau Buddha. Semua ada kes.”
Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan memberitahu Astro Awani yang guru berkenaan yang juga warden asrama sebuah sekolah agama di Tanah Merah ditahan.
Mangsa, jelas beliau, tampil sendiri membuat laporan polis selepas memaklumkan kepada keluarganya.
“Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan dan pihak polis akan memohon perintah reman.
“Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut manakala mangsa akan menjalani pemeriksaan di hospital,” kata beliau.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14A Akta Kesalahan Kanak-kanak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024