Pelakon Eyra Hazali mendedahkan bahawa sebenarnya perancangan awal, dia dan suami yang merupakan pemain bola sepak, Haziq Nadzli mahu bernikah pada 18 November.

Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 20, berkata, tarikh tersebut dipilih kerana mahu berkongsi sama sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapa kedua-dua belah pihak.

"Ibu bapa Haziq dan ibu bapa saya berkongsi tarikh sambutan ulang tahun yang sama iaitu pada 18 November. Sebenarnya, pada mulanya, saya dan Haziq juga merancang untuk berkahwin pada tarikh yang sama.

"Bagaimanapun, disebabkan Haziq membuat pengakuan mengenai perasaannya kepada saya pada 1 November, jadi kami teruskan dengan tarikh tersebut sahajalah," jelas Eyra.

Eyra berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram dengan memuat naik sekeping foto yang memaparkan kedua-dua belah keluarga.

"Terima kasih untuk segalanya ibu ayah yang membesarkan kamu dengan kasih sayang. Terima kasih kerana mengajar kami mengenai kehidupan agar kami menjadi insan yang lebih baik," tulisnya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapa dan keluarga mertuanya.

Happy anniversary to both of our parents ! yess ! Haziq’s parents and my parents share the same date,18.11 ? Haziq and I were planning to get married on the same date actually but since Haziq confessed his feelings on the 1st of November so we proceed with 1st ? Thank you so much for everything mummy ayah,mak ayah for raising us with love. Thank you for teaching us about life so we can be a better person. Semoga hubungan kita semua diberkati Allah SWT ❤️. sayang semuaaa ! ❤️❤️❤️

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on


Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq, 21, pada 1 November lalu selepas mengikat pertunangan pada 1 Disember tahun lepas.