Laman Utama

Asmidar Cerita Detik Cemas Khemah Bazar Ramadan Hampir Diterbangkan Ribut - "Tak Ada Warning Langsung, Baru Nak Start Berniaga"

gempak
Amri Hassan
15/04/2021
05:25 MYT
Sponsor Banner
Asmidar Cerita Detik Cemas Khemah Bazar Ramadan Hampir Diterbangkan Ribut - "Tak Ada Warning Langsung, Baru Nak Start Berniaga"
Penyanyi Asmidar berdepan detik cemas apabila khemah keluarganya yang didirikan di bazar Ramadan Wangsa Maju dilanda ribut pada petang Selasa lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, kata Asmidar, 35, ribut berserta hujan lebat datang sekelip mata ketika semua peniaga sedang mempersiapkan khemah untuk jualan masing-masing.
"Memang dugaan selepas setahun kita tak boleh berniaga di bazar Ramadan. Dua hari lepas pada mulanya cuaca sangat okey, langit pun cerah je.
"Jadi, lebih kurang pukul 2 petang kami dah mula set up khemah, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai dan pukul 4 hujan semakin lebat.
"Angin datang sangat kuat tapi mujurlah dalam gerai kami ada berempat jadi bolehlah masing-masing tolong pegang khemah dan meja daripada diterbangkan angin. Tak ada warning langsung!
"Yang terbayang ketika itu khemah kami diterbangkan ribut.
"Paling kasihan gerai-gerai lain yang hanya ada seorang dua untuk selamatkan barang masing-masing terutamanya gerai depan kami yang terbalik semua makanan. Kasihan... Kami nak bantu pun tak mampu sebab khemah kami pun hampir terangkat," katanya kepada Gempak.
Ketika kejadian, Asmidar bersama bapa, ibu dan abangnya yang turut sama membantu berniaga saban tahun.
Akui trauma, kata pelantun lagu Biar Mimpi Sampai ke Bintang itu, dia bersyukur ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.
"Kami sempat menyelamatkan barang jualan dan khemah kami... Memang ada sedikit trauma, semalam pun semua peniaga sudah mula berwaspada dan sentiasa memerhatikan cuaca sebab takut jadi macam hari Selasa lepas.
"Hujan lebat itu normal tapi ribut ini sangat luar jangka. Ini semuanya kuasa Allah, insya-Allah ada hikmah di sebalik kejadian.
"Misalnya gerai hadapan kami yang rugi pada hari pertama bazar Ramadan laris jualannya semalam. Sampai licin!" ujarnya yang berniaga murtabak, kuih muih dan sambal ikan bilis.
Dalam pada itu, Asmidar akui tersentuh dengan tindakan pantas Ustaz Ebit Lew yang turut melawat bazar Ramadan sehari selepas kejadian ribut itu.
Selasa lalu, ibu kota Kuala Lumpur dikejutkan dengan hujan lebat dan ribut yang kuat hingga menjejaskan beberapa perniagaan terutamanya bazar Ramadan.
Malah, kejadian itu turut memusnahkan beberapa kemudahan awam termasuk dinding kaca sebuah premis di ibu kota.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live