Hiburan
“Assalammualaikum Sayang,” - Along Cham Syukur, Selepas 8 Tahun Kini Kembali Bergelar Suami
Pelawak, Along Cham kini kembali bergelar suami selepas melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihan.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang diadakan di sebuah masjid.
Berkahwin kali kedua
Along bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu."Bismillah... Assalammualaikum Sayang. Berkat doa kalian selama ini, terima kasih atas doanya," coretnya.
BERITA TRENDING: "Saya Bukannya Trauma Untuk Berkahwin Lagi, Tapi..." - Along Cham
Terdahulu, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4) iaitu Zila Seeron, 35, pada 23 Januari 2010.Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Daniel, 13 tahun.
Bagaimanapun pada 13 Ogos 2016, Zila iditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.
Along dan Zila kemudiannya bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.
Must-Watch Video