Anak perempuan Krisdayanti, Aurel Hermansyah mengumumkan ingin berehat daripada dunia media sosial demi memberi perhatian terhadap kesihatan mental dan dirinya sendiri.

Pengumuman itu dibuat Aurel yang memiliki lebih 18 juta pengikut di Instagram, semalam.

Menurut penyanyi itu, keputusan tersebut diambil kerana berasa penat dan mahu memberi fokus terhadap dirinya sendiri.

"Saya akhirnya ada waktu untuk diri sendiri. Saya ingin berehat dari media sosial yang terlalu cepat sehingga membuat saya menjadi penat.

"Jadi saya perlu masa untuk diri sendiri dan menjaga kesihatan mental. Saya akan berehat dari semua platform media sosialku dan semuanya yang akan berjalan diuruskan oleh pengurus peribadiku," tulis Aurel di akaun Instagramnya.

Sementara itu, tunangnya, Atta Halilintar mengaku akan terus menyokong dan berada di belakang Aurel.

"Saya sokong apa yang dilakukannya. Lagipun ia untuk kesihatan mentalnya dan itu lebih baik daripada netizen yang mengatur kehidupannya," kata Atta Halilintar seperti dilaporkan Insertlive.

Saat ini Atta dan Aurel menjalani hubungan jarak jauh setelah Aurel mengikut keluarganya, Anang Hermansyah dan ibu tiri, Ashanty berpindah sementara ke Bali, manakala YouTuber itu masih di Jakarta.

Meski demikian, kata Atta jika dirinya tidak sibuk, dia akan pergi ke Bali untuk meluangkan masa dengan tunangannya itu.

Instagram: @aurelie.hermansyah