Bimbang dengan peningkatan kes Covid-19, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tampil meminta kerajaan melaksanakan ‘lockdown’ atau perintah berkurung.

Menurut Ayda itu mungkin cara terbaik selain memperketatkan pergerakan supaya wabak itu tidak akan merebak dengan lebih banyak lagi.

“Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan.

“Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya.

“Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please..,” katanya.

Ayda meluahkan rasa kembimbangannya itu di akaun Instagram miliknya.

Meskipun ada yang turut bersetuju dengan cadangannya itu, namun ramai juga yang terpaksa menentangnya kerana bimbang pula jika punca rezeki mereka hilang.

“Awak tak apa, walaupun lockdown ada income masuk tapi kami orang biasa ni kalau lockdown habis putus pendapatan,” komen seorang pengikutnya.

“Saya tahu keprihatinan awak tapi ingatlah kami tidak mampu untuk hadapi lockdown lagi,” luah seorang wargamaya.

“Kalau lockdown, sekali lagi saya kena buang kerja,” rintih seorang netizen.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dalam ucapan Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 memberitahu kerajaan tidak memikirkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau perintah berkurung di seluruh negara pada waktu ini.

? . Assalamualaikum. Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan. Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya. Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please.. ?? . Korang rasa? I’m so sorry. Need to post this. Semoga kita semua dilindungi dari gejala ni. . #PleaseLockDown #KetatkanKawalanPergerakan #StaySafePlease

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on