Pelakon Sharnaaz Ahmad berharap agar suatu hari nanti, anaknya, Jebat Jayden Ahmad akan faham dengan apa yang terjadi antara dirinya dengan isteri, Noor Nabila Mohd Noor.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sharnaaz berkongsi sepotong video kenangan bersama anaknya berserta kapsyen yang menyentuh hati.
"Ba mintak maaf sayang naa @jebatjayden. Ba sayang cek dengan nyawa ba.
"Besaq nanti cek faham naa," tulisnya ringkas.
{BACA: Tuntutan Cerai Ditolak, Air Mata Noor Nabila Gugur}
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan kapsyen yang ditulis oleh Sharnaaz dan ada juga tampil memberi kata-kata semangat kepadanya.
"@Razakwe: Please jangan divorce demi Jebat. Selagi boleh slowtalk maka berbincanglah dengan baik. Jebat perlukan kasih sayang seorang Baba and Mommy didalam satu bumbung. Herm kesiankan Jebat.
"@nora85339600: Setiap yang apa Allah ambik balik akan di berikan dengan sesuatu yang lebih baik. Semoga reda dan istiqamah. Inshaa Allah ada yang ganti yang lebih baik."
"@zaappss: Aku tak kawin lagi tapi aku sebagai manusia sebagai lelaki aku faham apa yang kau rasa. Kami doakan yang terbaik untuk family kau."
"@nurra_wa: Buat yang terbaik sebagai ketua keluarga, seorang suami dan seorang ayah. Allah swt sentiasa ada bersama kita, doa yang terbaik untuk famili yang nak hidup gembira adalah keluarga kita. So kita la yang rancangnya. Bumi Allah luas, seluas pengetahuaNya. Insya Allah."
{BACA: "Kahwin Elok, Tak Kan Nak Cerai Gaduh-Gaduh" - Sharnaaz Ahmad}
Semalam, air mata Nabila gugur ketika memberikan kenyataan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas kes tuntutan perceraian ditolak Sharnaaz.
Berikutan penolakan itu, Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail memutuskan supaya kedua-duanya hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Bagaimanapun Sharnaaz menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.