Video yang menunjukkan anak kepada pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam iaitu Syeriv Samheizy berjumpa adiknya yang baru dilahirkan pada 17 April lalu menarik perhatian peminat.

Menerusi video yang dimuat naik ke akaun Syeriv atau panggilan manjanya Matyip itu menunjukkan dia amat teruja untuk berjumpa dengan adiknya buat pertama kali.

Respon dan gelagat Matyip menarik perhatian pengikut laman sosialnya yang dianggap sangat comel dan bijak apabila dengan spontan menyebut “baby girl”.

Dia punya la duk tunggu adik dia keluaq dari oT room, xsabaq2. Kejap2 tny MANA ADIK MANA ADIK ??‍♀️??‍♀️??‍♀️

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syerivsamheizy) on


Rata-rata juga terhibur melihat gelagat Matyip dan tidak sabar hendak melihat wajah anak kedua pasangan tersebut.

Matyip dilahirkan pada 9 Mei 2017.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Ferbruai 2016.