Pelakon popular Bollywood, Kareena Kapoor baru-baru ini telah berkongsi gambar terbaharunya di media sosial dengan bentuk badannya yang semakin kurus.

Menurut laporan Mid-day.com, juru kecergasannya, Namrata Purohit telah berkongsi rahsia kejayaan Kareena menurunkan berat badan sebanyak 16 kilogram (kg) selama setahun.

"Selepas 45 hari melahirkan Taimur, Kareena telah berjumpa saya untuk menurunkan berat badannya yang naik ketika mengandung.

"Kareena mahu bentuk asal badannya semula dan ingin kelihatan fit ketika berhadapan dengan orang ramai.

"Dia telah melakukan yoga dan senaman pilates selama setahun dan berat badannya telah turun sebanyak 16 kilogram.

"Dia juga mengawal pemakanan secara ketat dan mengamalkan diet yang sihat," katanya.

Semasa hamil, berat badan Kareena telah meningat sebanyak 18 kilogram dan dia telah berazam untuk menurunkan berat badan sebanyak 19 kilogram selepas bersalin.

Sumber: Mid-day.com