Berita

“Baju Raya Arwah Mama Dah Pun Siap, Tapi Tak Sempat Nak Pakai” - Imbau Kenangan 3 Tahun Lalu, Jasmin Hamid Buat Netizen Sebak

gempak
Rozaimi Zubaidi
27/05/2019
04:40 MYT
Sponsor Banner
“Baju Raya Arwah Mama Dah Pun Siap, Tapi Tak Sempat Nak Pakai” - Imbau Kenangan 3 Tahun Lalu, Jasmin Hamid Buat Netizen Sebak
Pelakon Jasmin Hamid mengakui rindu pada ibunya, Allahyarhamah Khadijah Adnan yang telah meninggal dunia pada tahun 2016 setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin berkongsi kisah kehilangan ibunya dan mendoakan agar kedua ibu bapanya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
“26 Mei 2016 - 26 Mei 2019, hari ini genap 3 tahun arwah mama berpindah tempat tinggal yang kekal abadi.
“Setiap kali Ramadan, hati saya pasti akan sayu pilu sebab arwah mama pulang menemui penciptaNYA, seminggu sebelum Ramadan dan baju raya arwah mama dah pun siap tapi tak sempat nak pakai. Apapun kami anak beranak Redha dengan ketentuan Allah dan bersyukur kerana arwah mama pergi pada malam Jumaat dengan tenang dan jenazahnya di solatkan oleh ribuan para jemaah solat Jumaat.
“Semoga arwah mama mendapat Husnul Khatimah. Mohon Allah ampunkan segala dosa arwah mama dan arwah baba. Tempatkan kedua arwah ibu bapaku di dalam syurgaMu tanpa Hisab. Haramkanlah azab api neraka dan fitnah kubur. Lapangkanlah kubur kedua arwah Ibubapa ku seluas mata memandang.
“Terangkanlah kubur kedua arwah ibu bapaku. Tinggikanlah darjat kedua Ibubapa ku. Terimalah segala amal ibadat dan kasihanilah kedua arwah ibu bapaku seperti mereka mengasihiku sejak kecil. Satukanlah aku dengan kedua ibu bapaku di akhirat kelak sepertimana Kau satukan kami di dunia mu. Aamiin,” tulisnya.
26 MAY 2016 - 26 MAY 2019 Hari ini genab 3 tahun arwah MAMA berpindah tempat tinggal yang kekal abadi.. Setiap kali RAMADAN, hati saya pasti akan sayu pilu sebab arwah MAMA pulang menemui penciptaNYA, seminggu sebelum RAMADAN dan Baju Raya arwah MAMA dah pun siap tapi tak sempat nak pakai ?.. Apapun kami anak beranak Redha dengan ketentuan Allah dan bersyukur kerana arwah MAMA pergi pada malam Jumaat dengan tenang dan jenazahnya di solatkan oleh ribuan para jemaah solat Jumaat.. Semoga arwah MAMA mendapat Husnul Khatimah ... . . Mohon Allah ampunkan segala dosa arwah MAMA dan arwah BABA. Tempatkan kedua arwah ibubapa ku di dalam syurgaMu tanpa HISAB. Haramkanlah azab api neraka dan fitnah kubur. Lapangkanlah kubur kedua arwah Ibubapa ku seluas mata memandang. Terangkanlah kubur kedua arwah Ibubapa ku.. Tinggikanlah darjat kedua Ibubapa ku. Terimalah segala amal ibadat dan kasihanilah kedua arwah ibubapa ku seperti mereka mengasihiku sejak kecil.. Satukanlah aku dengan kedua Ibubapa ku di akhirat kelak sepertimana Kau satukan kami di dunia mu.. Aamiin.. #ibubapa #pintuSurga #parents #love
A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Sebelum ini, Ibu Jasmin Hamid, Allahyarhamah Khadijah Adnan yang berusia 62 tahun ketika itu meninggal dunia pada 26 Mei 2016 akibat mengalami serangan jantung.
Selepas enam bulan ibu kesayangan pergi menghadap Ilahi, Jasmin Hamid diuji lagi apabila bapanya, Abdul Hamid pula meninggal dunia, kira-kira jam 11 pagi, pada 18 Disember 2016.
Ternyata, tahun 2016 meninggalkan kesan mendalam kepada Jasmin dan adik beradiknya yang lain atas kehilangan ibu bapa dalam tempoh singkat.
Rata-rata mengakui sebak apabila membaca luahan hati yang dilakukan oleh Jasmin Hamid dan mereka turut mendoakan agar kedua ibu bapanya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024