HIBURAN
Bakal Berkahwin Tapi Kim Seri Tak Lupa Fasal Hutang, Janji Bayar Balik - “Saya Mohon Sedikit Masa Tambahan Untuk Selesaikan…”
Susulan menerima kritikan selepas berita mengenai dirinya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka Korea, Choi Amin, personaliti media sosial, Kim Seri tampil memberikan penjelasan.
Faham kegusaran
Menurut Seri, dia memahami kegusaran pelanggan yang menantikan pembayaran balik pakej pelancongan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
“Sukar untuk saya meluahkan semuanya dalam satu masa, kerana banyak perkara berlaku serentak. Semua usaha perniagaan saya telah runtuh dan hilang tanpa diduga," maklumnya menerusi Insta Story.
Perlu sedikit masa tambahan
Namun katanya, dia tidak akan lari sebaliknya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan perkara tersebut.
“Saya benar-benar memerlukan masa dan ruang untuk pulih, membina semula apa yang telah hilang, dan bertanggungjawab dengan mengatur bayaran balik yang diperlukan.
“Berkenaan dengan perjalanan yang dibatalkan, saya dengan rendah hati dan ikhlas memohon pengertian daripada pihak tuan dan memohon sedikit masa tambahan untuk menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu.
“Untuk sebarang kebimbangan lain selain daripada ini, jika anda masih terbuka untuk mengadakan perbincangan, saya lebih bersedia untuk bekerjasama dan menyelesaikan perkara bersama-sama.
“Walau bagaimanapun, jika anda merasakan pendekatan undang-undang melalui peguam, tribunal atau cara lain adalah lebih sesuai, saya menghormati sepenuhnya keputusan anda.
“Harap maklum bahawa saya tidak pernah berniat untuk menyebabkan kekecewaan atau kesusahan.
“Saya memahami kekecewaan yang mungkin anda rasakan, dan saya memberi jaminan bahawa saya melakukan yang terbaik dalam masa yang mencabar ini.
“Saya harap kita dapat menangani perkara ini dengan sabar dan saling menghormati semasa saya berusaha untuk memperbaiki keadaan.
“Kepada mereka yang terus memberi saya masa dan menunjukkan kefahaman dalam tempoh sukar ini, saya amat berterima kasih.
“Terima kasih, dari lubuk hati saya, atas kesabaran dan belas kasihan anda,” jelasnya
ARTIKEL BERKAITAN:“Bercerai Sebab Nak Kahwin Lelaki Korea? Lucu” - Kim Seri Tak Kisah Fitnah Orang, Tetap Tutup Aib Rumah Tangga
ARTIKEL BERKAITAN:Usaha Bayar Balik Hutang Diganggu, Kim Seri Terima Banyak Ugutan! Rasa Stress Sampai Nak Terjun Bangunan - “Polis Korea Datang Selamatkan, Masuk Kaunseling…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Terima Setiap Kejian, Makian Anda” - Kim Seri Reda Dikecam, Hanya Mahu Fokus Bayar Hutang & Refund
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Mohon Maaf" - Kim Seri Janji Bayar Ganti Rugi, Dedah Punca Gagal Bisnes Di Korea Selatan
ARTIKEL BERKAITAN:“Selamat Datang Ke Dunia Muka-Muka” - Restoran Ditukar Milik, Kim Seri Dakwa ‘Ditendang’ Tiba-Tiba
Terdahulu, Seri sebelum ini membuat permohonan maaf susulan dakwaan dirinya menipu pelanggan yang menggunakan khidmatnya untuk pakej pelancongan yang membabitkan jumlah sebanyak RM400,000.
Bagaimanapun Seri berharap orang ramai memahami situasi yang dihadapinya ketika ini dan memaklumkan bahawa dirinya sedang berusaha untuk menyelesaikan jumlah hutang yang tertunggak.
Must-Watch Video