Terkini
Bakal Berlakon Walau Berkerusi Roda, Azlan Komeng Terharu Masih Terima Tawaran - "Rezeki Disusun Cantik Sangat"
Pelakon Azlan Komeng bersyukur masih ada rakan industri yang sanggup menawarkan kerja kepadanya meskipun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
BERITA BERKAITAN:Tiada Orang ‘Call’ & Mesej, Nur Nilam Halalkan Duit Yang Hilang Dicuri Ketika Kemalangan - “Sehingga Kini Saya Masih Belum…”
BERITA BERKAITAN:Azlan Komeng Sedang Sesuaikan Diri Masuk 'Alam Baharu’ - “Kalau Dulu Saya Boleh Berjalan, Berlari Tapi Sekarang…”
BERITA BERKAITAN:Lan Pet Pet Bakal Pindah Ke Madinah, Simpan Impian Mahu Meninggal Dunia Di Tanah Haram - "Sepatutnya Tahun Ini, Tapi ..."
Jelas Azlan, dia diberikan tawaran watak mengikut keupayaan dirinya selepas ditimpa kemalangan beberapa bulan lalu.
"Terima kasih. Itu sahaja yang saya boleh cakap setakat ini. Baru-baru ini saya dikunjungi rakan artis Zul Huzaimi. Insya-Allah Februari depan saya akan berlakon.
"Zul kata dia akan beri saya watak walaupun saya bekerusi roda. Dia akan wujudkan apa sekalipun watak untuk saya. Saya betul-betul tak sangka dan terharu sangat kerana masih ada yang ingat dan sanggup nak tawarkan saya berlakon.
"Dia (Zul) bagitahu, macam mana keadaan sekalipun saya ketika itu, akan ada watak untuk saya. Allah..saya waktu itu memang tak tahu nak cakap apa," katanya kepada Gempak.
Kata Azlan,sejak mengalami kemalangan bulan lalu, dia reda dengan ketentuan rezeki untuknya.
Dengan keadaannya yang hanya mampu terbaring, Azlan akur akan kehilangan kerjayanya dan sumber pendapatan utamanya.
"Terus terang saya cakap. Bila lihat keadaan diri sendiri. Saya memang tahu yang saya akan susah dapat tawaran. Memang takkan ada yang mahu ambil saya berlakon lebih-lebih lagi dengan watak aksi.
"Waktu itu dalam kepala otak saya "apa yang aku nak buat? Tak kan nak duduk terbaring je" sampai macam itu saya fikir.
"Tapi Tuhan Maha Kaya, rezeki yang disusun untuk saya sangat cantik," katanya sugul.
Azlan berkata, dia kini hanya mampu menemani isterinya Nilam mencari rezeki dengan menjual sambal buatan sendiri melalui online.
"Setakat ini saya mampu teman Nilam berniaga sahaja. Itu sahaja saya mampu," katanya yang tidak dapat meneruskan perbualan kerana sebak memikirkan keadaan diri.
Bulan lalu, pelakon aksi dan watak jahat, Azlan Komeng, 48, patah kaki kiri selain cedera di muka, kepala, tangan dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang, awal pagi dalam kejadian berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta jenis Perodua Kancil dipandu Azlan yang turut dinaiki isterinya, Nur Nilam Ortiz dan anak mereka, Adam, 5, bertembung dengan trak polis.
Keadaan itu juga menjadikan Azlan sehingga hari ini masih tidak mampu untuk berjalan.
Must-Watch Video