Seorang wanita dari Mexico nekad mengembara seorang diri ke Peru untuk bertemu kekasihnya buat pertama kali selepas menjalin hubungan secara online.
Namun, kisah hidupnya berakhir tragis apabila disyaki mati ditangan kekasih yang juga merupakan seorang pelajar perubatan itu.
Pada Julai lalu, Blanca Arellano, 51, memberitahu keluarga dia akan melakukan kembara sejauh 3,000 kilometer menuju Huacho untuk bertemu kekasihnya, Juan Pablo Jesús Villafuerte, 31.
Namun khabar mengenai wanita itu mula tidak diterima keluarganya selepas 7 November. Ironi dia mengaku hubungan cintanya dengan lelaki tersebut berjalan lancar dan dirinya bahagia.
Bimbang mengenai keberadaan Arellano, anak saudaranya, Karla Arellano kemudian mula mencuit di Twitter sebagai satu bentuk luahan sekaligus usaha mencari ibu saudaranya itu.
“Saya tidak pernah membayangkan akan berada dalam situasi seperti ini. Tapi hari ini saya meminta sokongan semua itu berkongsi cuitan ini sebagai usaha mencari individu yang paling disayangi dan penting dalam hidup saya.
“Ibu saudara saya, Blanca Olivia Arellano Gutiérrez telah hilang sejak 7 November lalu di Peru. Kami bimbangkan keselamatannya,” tulis Karla pada 12 November seperti dilaporkan The Independent.
Karla mendakwa dia bimbang mengenai keselamatan ibu saudaranya selepas berjaya menghubungi kekasih Blanca. Namun Villafuerte mendakwa mereka telah berpisah dan ibu saudaranya membuat keputusan untuk pulang ke Mexico.
“Saya berjaya menghubungi Juan P sejak Blanca hilang, tetapi dia memberitahu mereka telah berpisah selepas ‘gagal’ memberikan kehidupan seperti yang ibu saudara inginkan,” ujarnya.
Namun kisah pencarian Blanca berakhir dengan mimpi ngeri apabila pada 10 November lalu, pihak berkuasa Peru menemui jari dengan cincin silver di tepi pantai yang akhirnya disahkan keluarga sebagai milik wanita tersebut.
Beberapa hari selepas itu, beberapa bahagian badan Blanca turut ditemui di persisir pantai. Ini termasuklah tangan dan kepala dengan sebahagian organ dalamannya telah tiada.
Penemuan itu membawa kepada penangkapan Villafuerte yang didakwa bukan sahaja membunuh tetapi telah mengambil organ dan melakukan pemerdagangan manusia.
Polis juga menemukan bukti darah di tandas dan tilam sewaktu mengeledah kediamannya.
Malah Villafuerte pernah memuat naik kandungan di TikTok miliknya yang menunjukkan dia sedang ‘mengambil’ otak dan pankreas selain mengasingkan beberapa bahagian badan manusia.
Kredit Foto: New York Post
Maliah Surip
Mon Nov 28 2022


Krisdayanti Beri Cucu Usia Kurang 1 Tahun Kopi: “Ya Allah Ketagih Seperti Nenek”
Nama Krisdayanti sedang menjadi bualan hangat warganet Indonesia selepas video dia memberi cucunya kopi viral sejak semalam.

Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Untung Fatin

Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
Bimbang selepas hubungan sulit terbongkar, seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya

Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!

Trauma, Lelaki Saman Wanita RM10 Juta Sebab Kena Friend Zone
Alamak!

Lebih 300 Restoran & Hotel Ada Sijil Halal, Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim! Eh Ayda Jebat Pula Dilantik...
Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim!

Peluk Topi, Sebak… Yura Yunita Menangis Terkenang Mendiang Glenn Fredly, Antara Momen Menyentuh Hati Konsert Tutur Batin
Konsert Tutur Batin memang best!

Gabungan Dua Suara, Ezad Lazim & Salma Asia Tampil Lagu Duet Berjudul ‘Akira’ - “Cabaran Terbesar Adalah Setarakan…”
Mantap!
![[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…” [VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-42_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”
Jangan macam-macam...