,
Laman Utama

Balkisyh Semundur Khan Tamat Zaman Janda, Nikah ‘Frontliner’

Fiza Kamarudin
27/12/2020
02:00 MYT
Pelakon Balkisyh Semundur Khan, selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria yang juga seorang petugas barisan hadapan pada petang Sabtu.
Mohd Nazri Zakaria merupakan seorang duda sepatutnya bernikah dengan Balkisyh beberapa bulan yang lalu.
"Alhamdulillah akhirnya segala kesukaran saya untuk mencari bapa kandung (Semundur Khan Gulam Khan) sendiri sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.
"Pada mulanya saya berdepan kesukaran menjejak lokasi sebenar bapa kandung untuk jadi wali.
"Namun selepas masalah ini mendapat liputan media, segala galanya dipermudahkan. Saya akhirnya sah bergelar isteri sekali lagi," katanya.
Balkisyh dan Mohd Nazri bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim kira kira jam 2.30 petang tadi dan disaksikan sekitar 20 orang tetamu.
Mempelai kemudiannya diraikan di sebuah restoran di ibu kota bermula jam 5 petang dengan dihadiri sekitar 50 orang tetamu.
Terdahulu, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk menjadi wali mendapat perhatian ramai.
"Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.
Saya buat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.
"Malangnya, rumah itu sudah dijual sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara sejak empat tahun lalu.
"Pihak JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim," katanya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama namun permohonan tetap ditolak.
Imbas kembali pertemuannya dengan suami, Balkisyh berkata mereka berkenalan sejak tiga tahun lalu.
"Dia duda tak ada anak. Dan dia menjadi lelaki yang boleh menerima masalah dan pahit getir hidup ini. Malah lebih utama, dia dapat menerima dan serasi dengan dua anak saya.
"Dialah yang selama perkenalan begitu tabah dan melalui kesukaran dilalui bersama. Kebaikan dan peribadi dimilikinya juga mengatasi segala galanya," katanya.
Balkisyh pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017 dan dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.
Foto: Nana Azman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar