,
Laman Utama

"Bangun Tidur Rasa Sakit Sangat Bawah Kanan Perut" - Uyaina Arshad Selamat Bedah Apendiks, Lega Belum Pecah

Amri Hassan
12/04/2022
07:25 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad telah selamat menjalani pembedahan apendiks malam tadi di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Kongsi Uyaina, pembedahan itu terpaksa dijalankan selepas dia dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesakitan yang teruk.
"Semalam Uyaina baru je kena operate sebab apendiks. I’m lucky sebab apendiks tu belum rupture. Kalau tak, tak tahu lah..
"Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat-sangat belah bawah kanan perut. Sakit yang takleh gerak tu. Kalau gerak lagi sakit.
"Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk check up. Doktor terus tahan ward," kongsinya di Instagram.
Selamat menjalani pembedahan pukul 10 malam tadi, Uyaina memberitahu keadaan bayi dalam kandungannya stabil selepas prosedur itu.
"Alhamdullilah operation semalam pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat sebab jaga Uyaina sebaik mungkin.
"Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat.. Dan semoga Baby sihat.. Kesian Baby.. Aaminn," tambahnya.
Terdahulu, Uyaina yang kini memasuki trimester kedua kehamilan menjelaskan, dia dan suami Raja Syahiran baru mengumumkan mengenai kehamilannya ketika awal Ramadan lalu.
BACA: "Masih Tak Percaya Kami Bakal Jadi Ibu Ayah" - Berkat Ramadan, Uyaina Arshad Hamil
Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Unitar