Bagaikan pulau-pulau kecil.
Itulah keadaan yang dilihat di sekitar Segamat menerusi tinjauan udara, selepas beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak malam Isnin.
Tinjauan Bernama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lewat petang semalam mendapati, air masih meliputi hampir 80 peratus kawasan perumahan di lokasi yang terjejas
Selain itu, terdapat beberapa laluan ditutup kerana dinaiki air dengan kawasan Kampung Tenang dan Kampung Jawa di Segamat, hanya kelihatan bumbung rumah penduduk.
Malah, air di Empangan Juaseh di Labis juga sudah melimpah ke kawasan perumahan dan Bernama difahamkan ia menjadi 'petanda' kepada keadaan banjir kritikal, kerana kawasan itu sudah ditenggelami air.
Setakat ini, tiga mukim yang terjejas teruk ialah di bandar Segamat, Chaah dan Labis, sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), demi keselamatan mereka.
Pengarah Bahagian Ope-rasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman yang turut serta dalam tinjauan tersebut berkata, setakat malam tadi, air masih meliputi 80 peratus kawasan perumahan berkenaan.
Beliau berkata operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir, masih giat dijalankan dengan menggunakan aset jentera dan bot termasuk dron.
"Empat dron digunakan unit udara JBPM bagi operasi menyelamat di Johor, selepas negeri itu dilanda banjir sejak Isnin lepas.
"Penggunaan dron menjangkau kawasan yang lebih jauh dan digunakan untuk memantau lokasi yang sukar diakses, jadi kita boleh merancang strategi proses menyelamat mangsa banjir," katanya.
Ahmad Izram berkata, selain dron, JBPM turut menyediakan sebuah pesawat dalam operasi menyelamat dan turut membantu membawa kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia, baru-baru ini.
Menerusi tinjauan udara itu juga, dapat dilihat kenderaan diparkir di kawasan tinggi selain penduduk menunggu di laluan yang dinaiki air, dengan harapan jalan tersebut dapat dilalui untuk pulang ke rumah masing-masing.
Pemandu lori, Mohd Hairulnizam Abu Bakar, 36, berkata, beliau tidak menyangka air Sungai Segamat akan melimpah di laluan utamanya pulang ke rumah, yang menyebabkan dia terpaksa tidur atas motosikalnya berhampiran laluan itu.
"Saya pulang dari kerja pada Rabu jam 4 petang dan laluan Jambatan Lama Segamat sudah ditutup dan saya terpaksa tidur atas motosikal menunggu air surut," katanya ketika ditemui Bernama di Jambatan Lama Bandar Segamat.
Mohd Hairulnizam berkata, banjir di kawasan Segamat disifatkan terburuk, selepas kawasan itu pernah mengalami situasi sama pada 2006, 2011, 2013 dan 2017.
Setakat petang semalam, dua laluan utama ditutup sehingga petang ini iaitu Jalan Jabi-Bukit Tempurung (Segamat) sejauh 10 kilometer dan Jalan Kampung Tungku Tiga-Felda Pemanis.
Segamat merupakan antara 10 daerah di Johor yang terjejas teruk akibat banjir, melibatkan 3,519 keluarga dipindahkan ke 77 pusat pemindahan sementara setakat 8 pagi tadi. - BERNAMA
Gempak
Fri Mar 03 2023


#BIGSTAGE5: Tiga Kali Bottom Three, Meer Nash Akur Tersingkir! Semak Markah Penuh Semua Peserta
Semoga maju jaya di luar sana Meer Nash!

“Saya Bukan Doktor, Saya Hanyalah Pelakon” - Mario Maurer Nasihatkan Peminat Yang…
Eh peminat tanya apa tu?

#BIGSTAGE5: Hari Jiwa Galau! Ini Senarai Lagu Minggu Keempat, Semoga Hati Kuat
Malam galau minggu keempat.

Tiket Licin 48 Jam, Konsert D'Masiv Tambah Satu Malam Lagi! - "Giring Pula Diundang Sebagai ..."
Wow! Peluang koranglah ni.

Penyanyi Lagu 'I Don't Care' Rendy Pandugo Datang KL 10 Jun Ini - "Ini Kesempatan Besar, Tak Mungkin ..."
Rendy Pandugo dijadualkan akan menghiburkan peminatnya pada 10 Jun 2023 di Gudang Space @ The Paddock, Petaling Jaya, Selangor

“Kuatkan Diri Walaupun Tidak Boleh Berjalan…” - Tiada Niat Rahsiakan Pertunangan, Ubai Lebih Utamakan Kesihatan Ibu
Doakan semoga ibu Ubai kembali sihat. Amin.

“Kerana Tanggungjawab Sebagai Seorang Ibu, Saya…” - Linda Rafar Kembali Aktif, Kini Muncul Dengan Sujud
Bagi ibu anak tetap nombor satu.

“Lagu Ini Buat Ibu Dan Nenek, Mereka Kekuatan Saya” - Adam Shamil Muncul Dengan Bantu
Tahniah Adam.

"Sakit Hati Sebab Saya Pernah Alami..." - Fazura Terkesan Insiden Family Dihalau Keluar Pesawat Sebab Anak Menangis
Siapa tak sakit hati?
![[VIDEO] Rumah Tempat Saya Membesar... - Issey Sebak, Rumah Arwah Ibu Hangus Terbakar! [VIDEO] Rumah Tempat Saya Membesar... - Issey Sebak, Rumah Arwah Ibu Hangus Terbakar!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/sekadar-gambar-hiasan-2023-05-28t090647-254.png?ext=.png)
[VIDEO] "Rumah Tempat Saya Membesar..." - Issey Sebak, Rumah Arwah Ibu Hangus Terbakar!
Allahuakbar!