Pengarah yang kini bergelar penyanyi, Michael Ang naik hairan apabila tiada jumlah tidak suka atau dislike dipaparkan di YouTube untuk video muzik lagunya, Cinta Atau Propa.

Menurut Michael, ramai juga yang mengutuk lagu pertamanya itu namun simbol dislike umpama tidak bersentuh.

"Salam semua, kenapa video muzik saya tiada dislike ni? Stress aku.

"Banyak kutuk tapi tak ada dislike! Why why why! Atau YouTube tak tunjuk dislike dah!" tulisnya di Instagram.

Menjengah ruangan komen, rata rata netizen meninggalkan respon berbeza, ada juga yang memaklumkan kepada Michael bahawa pihak YouTube kini tidak lagi memaparkan jumlah dislike di platform mereka.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Cinta Atau Propa nyanyian Michael mula dilancarkan pada Rabu lalu dan mencetuskan pelbagai reaksi dari orang ramai.

BACA: Michael Ang Tak Kisah Disamakan Dengan Aliff Syukri - "Saya Tak Keluar Duit Sendiri Buat Lagu!"