Laman Utama

"Banyak Perkara Perlu Saya Betulkan" - Aliff Aziz Mahu Mulakan Hidup Baru

Asraf Aided
05/10/2020
06:00 MYT
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengundang perhatian ramai apabila berkongsi video anaknya, Ayden Adrean, 3, yang kelihatan sangat merindui bapanya itu.
Dalam video yang dikongsi di Instagram itu, Ayden mengatakan dia mahu ke Singapura untuk bertemu Aliff.
"Ayden mahu Daddy, Ayden nak pergi Singapura, Ayden nak tidur dengan Daddy," katanya dalam video tersebut.
Perkara itu telah membuatkan Aliff berasa sebak dan mengakui dia harus memperbaiki pelbagai perkara dalam kehidupannya.
"Isteri saya hantar video ini, sangat sedih memikirkan masa yang memisahkan kami dan memberi kesan kepada anak pada usia kecil mereka.
"Ia mengajar saya untuk memperbetulkan kehidupan, banyak perkara saya perlu perbaiki agar kesalahan saya tidak memberi kesan kepada isteri dan anak.
"Saya tak malu mengakui banyak kesilapan yang telah dilakukan, tapi begitulah setiap kejadian manusia biasa," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Aliff juga memohon maaf kepada anak-anaknya kerana gagal menjadi seorang bapa yang baik.
"Kesalahan saya mengajar, ia telah memberi kesan kepada keluarga dan insan-insan tersayang.
"Daddy minta maaf sebab gagal jadi bapa yang baik, tetapi Daddy dah berada di landasan yang sepatutnya sekarang.
"Ayden dan adik telah membawa Daddy ke landasan baharu, tak sabar mahu jumpa kamu, Ara dan Mummy bila semua ini berakhir," tulisnya lagi.

Wifey just sent this video and it's heartbreaking to see how time apart from my children affects them even at this tender age. It puts things into perspective for me to get my life straight. The pandemic is what it is but this goes a lot deeper for me than that. As i know how much straightening i have to do to not let my mistakes and wrongdoings to result in affecting my children and loved ones. I'm not ashamed to be a man and admit i screwed up in life many times over. Yes, i have many flaws to reflect on. But so does every human being. Negativity aside, i have been blessed with so much that i have taken forgranted with. My recent stint has taught me first hand how heavy the consequences are to my family and loved ones as a result of my mindless actions. Daddy apologize for failing to be a great father just yet but know that Daddy is on his track now buddy. You and your baby sister brought new drive for me and i can't wait to see you, Ara and Mummy when all these is over soon. ❤️ When you hit rock bottom, there's nowhere else but up. Insyaallahuta'ala.

A post shared by ????? ???? (@iamaliffaziz) on

Terdahulu, Aliff telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu pada pertengahan September 2020 selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
BACA : Aliff Aziz Dipenjara Dua Minggu, Denda Mencuri & Kelakuan Tidak Sopan
Menerusi laporan Gempak pada 28 September, Aliff telah selesai menjalani hukuman tersebut dan isterinya, pelakon Bella Astillah bersyukur kerana ramai pihak yang mendoakan kebaikan untuk suaminya itu.
BACA : Aliff Aziz Selesai Jalani Hukuman Penjara, Bella Astillah Dedah Anak Rindu Sampai Menangis
Sekadar info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019.
Namun begitu, pasangan ini telah rujuk kembali dan dikurniakan anak kedua, Ara Adreanna yang kini berusia tiga bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

gempak
19/07/2024
01:55 MYT
Kerap menerima komen negatif, sekali lagi ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi luahan kemarahan daripada netizen di Instastory miliknya.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

gempak
18/07/2024
03:25 MYT
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu perempuannya iaitu Ara Adreanna yang berusia empat tahun pada 18 Julai, Khamis.