Laman Utama

Barisan Model, Selebriti Rusia Sertai Kempen Potong Beg Jenama Chanel Sebagai Tanda Protes

gempak
Azwa Rahman
09/04/2022
09:16 MYT
Sponsor Banner
Barisan Model, Selebriti Rusia Sertai Kempen Potong Beg Jenama Chanel Sebagai Tanda Protes
Wanita di Rusia menggerakkan kempen menggunting beg Chanel milik mereka sebagai tanda protes selepas dihalang daripada membeli barangan jenama mewah itu susulan perang di Ukraine.
Memetik laporan dailymail.uk, tular video-video yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan model dan selebriti asal Rusia menggunting beg Chanel milik mereka.
Bukan hanya itu, Chanel juga meminta warga Rusia di luar negara yang berhasrat membeli hasil buatannya itu untuk menandatangani borang ‘aku janji’ bahawa mereka tidak akan memakai atau memaparkan jenama itu di dalam negara tersebut..
Ketika kebanyakan golongan elit Rusia tidak memberi sebarang maklum balas berhubung perang atau kematian yang berlaku di Ukraine, sekatan oleh Chanel itu membuatkan mereka terasa seperti menjadi sasaran kempen ‘Russophobia’ atau fobia dengan Rusia.
Salah seorang Pelakon terkenal Rusia, Marina Ermoshkina, 28, menganggap tindakan Chanel itu tidak wajar dan dia menentang mana-mana jenama yang menyokong Russophobia.
“Jika memiliki Chanel bermakna saya perlu menjual tanah air saya, maka saya tidak memerlukan Chanel,” katanya
Model Rusia yang berpangkalan di Monaco, Victoria Bonya, 42, pula berkata, Chanel bersikap kurang ajar dan tidak menghormati pelanggan mereka.
“Saya orang Rusia, tinggal di Eropah dan saya enggan memakai Chanel. #ByeByeChanel,” tulis Bonya.
Dalam satu kenyataan pada minggu ini, Chanel berjanji akan menambah baik prosedur pembelian dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
“Kami memahami bahawa langkah-langkah ini yang bertujuan mematuhi keperluan undang-undang, mungkin menimbulkan kesulitan tertentu untuk sesetengah pelanggan,” tulis kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024