BACA: Zarina Anjoulie, Suami Cerai Kali Kedua
Menurut Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul berkata foto lelaki yang dimuat naik di Instagram (IG) itu merupakan kawan baiknya.
"@asyrafislamofficial siapa yang dah lama follow aku akan tau dia bff aku kot chill la," tulisnya sebagai kapsyen.
Sebelum ini, Zarina ada berkongsi gambar lelaki yang bernama Asyraf dengan emoji love.

Hantaran tersebut telah menarik perhatian wargamaya yang membuat andaian Zarina sudah mempunyai teman lelaki baru.
"@fazlynnahady: Wow.. cinta baru ke sis? Semoga Anju bahagia selalu.
"@maktuo.kitc: Jangan cari calon suami yang muda Anju.
"@itsdeediana: Hati-hati Anju. Kami doakan segalanya baik-baik buat Anju okey.
"@leandrahman: Dah ada pengganti.
Terdahulu, Zarina dan pasangannya yang lebih dikenali dengan panggilan Yas bercerai buat kali pertama sekitar Februari lalu selepas menikah pada Julai 2020.
Sebelum itu, Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.