Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL memaklumkan dia sudah mula merasakan beberapa symptom selepas disahkan positif Covid-19 beberapa hari lalu.

Sedang menjalani kuarantin atau isolasi, Bunga memberitahu sekarang ini dia tetap bersemangat melawan virus tersebut dengan bermeditasi dan berjemur.

“Setakat ini, ada simptom batuk, sakit tekak, nafas terasa agak pendek dan kadang kala demam.

“Tapi tetap semangat lakukan meditation in the morning.. Dan berjemur is essential,” katanya.

BCL berkongsi keadaan dirinya yang terkini di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, BCL memuat naik fotonya bersama seorang rakan sedang berjemur di luar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar BCL segera sembuh.

Minggu lalu, BCL baru sahaja pulang dari bercuti dari Bali, Indonesia.

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)